Ikatan pertunangan bermakna
persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun,
ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan
bergaul bebas.
Lelaki dan perempuan yang telah bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana hubungan bukan muhrim.
Lelaki dan perempuan yang telah bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana hubungan bukan muhrim.
Ibu bapa perlu mengawal anak
perempuan yang telah menjadi bertunang agar tidak bergaul bebas dengan
tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna
semuanya sudah boleh dilakukan sepertimana pasangan yang telah berkahwin.
Bahkan ada ibu bapa yang
menggalakkan anak-anak yang bertunang agar sering keluar bersama-sama dengan
alasan mencari keserasian dan menyuburkan perasaan cinta.
Ikatan pertunangan hanya sekadar
satu perjanjian di antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri
pada masa akan datang. Ibu bapa yang menggalakkan atau membiarkan anak mereka
bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh
anaknya.
Sekiranya dirasakan ikatan
pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas, maka pihak ibu bapa perlu
memikirkan agar perkahwinan disegerakan. Tindakan tersebut dapat mengelakkan
daripada berlaku keterlanjuran.
Tambahan pula semasa tempoh
pertunangan yang lama sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan
pertunangan. Banyak cabaran dan kerenah yang terpaksa dihadapi oleh pasangan
bertunang.
Sering kali terdapat pihak yang
mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan usaha memutuskan pertunangan itu.
Perbuatan tersebut dilakukan oleh mereka yang berdengki melihat pasangan yang
bakal berkahwin dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga kemudiannya.
Maka, untuk menjamin pertunangan
berakhir dengan kebahagiaan, wajarlah perkahwinan disegerakan. Lebih awal
berkahwin, lebih cepat merasai dan mendapat apa yang diharapkan melalui
perkahwinan. Kebahagiaan hidup berkeluarga merupakan sebahagian daripada
nikmat-nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.
Berkahwin awal antara lain
berpeluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat merupakan anugerah Allah yang
menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan berkahwin perlu
menyimpan hasrat ingin mandapat zuriat yang ramai. Zuriat yang ramai menyediakan
rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih bahagia.
Selepas
saling menyukai antara satu sama lain, teruskan ikatan dengan bertunang. Maksud
bertunang di sini bukan dalam konteks bertunang yang difahami dalam masyarakat
kita sekarang. Sebenarnya bertunang ialah penyataan pihak lelaki ingin
memperisterikan atau menjadikan seseorang perempuan itu menjadi isterinya pada
masa hadapan.
Jadi,
proses bertunang sebenarnya ringkas. Cukup sekadar lelaki bertanya dan wanita
bersetuju untuk dijadikan sebagai isteri. Maka sahlah wanita dan lelaki itu
sebagai pasangan tunang.
Sedangkan amalan bertunang yang diamalkan sekarang ini adalah lebih kepada adat dan sesuatu yang rasmi melibatkan persetujuan ibu bapa serta mengikut istiadat seperti merisik dan menyarung cincin pertunangan.
Sedangkan amalan bertunang yang diamalkan sekarang ini adalah lebih kepada adat dan sesuatu yang rasmi melibatkan persetujuan ibu bapa serta mengikut istiadat seperti merisik dan menyarung cincin pertunangan.
Penyataan
wujudnya ikatan pertunangan walaupun dibuat secara ringkas hanya melibatkan
lelaki dan perempuan, mahupun secara adat yang rasmi, haikatnya ia telah
memberi satu isyarat bahawa tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik
untuk mengenali perempuan yang telah menjadi pasangan tunang kepada lelaki
lain.
Sikap
lelaki yang masih mencuba untuk perempuan tunangan lelaki lain adalah perbuatan
salah dan boleh mencetuskan permusuhan. Kata-kata bahawa akan terus memikat
selagi perempuan itu belum berkahwin adalah sikap angkuh dan tidak menghormati
hak orang lain.
Biarpun
bertunang telah dianggap hak kepada berlangsungnya perkahwinan, tetapi ia tidak
sama sekali bermaksud menghalalkan sepertimana hak dalam perkahwinan. Perkara
yang perlu dijaga ialah batasan-batasan pergaulan ketika bertunang yang mana
sering dianggap kecil dan dipandang mudah. Pasangan bertunang masih dianggap
seperti pasangan tidak bertunang dalam ertikata batasan pergaulan dan
tingkahlaku.
Justeru,
tiadak harus untuk pasangan bertunang bebas ke sana ke mari bersama. Jika mahu
keluar bersama, bawa sekali seorang mahram seperti adik atau abang kepada
perempuan itu.
Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenalpasti hukum halal haram dan mempunyai kekuatan untuk menegur. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram.
Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenalpasti hukum halal haram dan mempunyai kekuatan untuk menegur. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram.
Setelah
melalui tempoh bertunang, tentukan sama ada kita dengan si dia sesuai bersama
atau tidak. Jika sesuai teruskan kepada perkahwinan. Jika tidak putuskan tali
pertunangan itu dengan baik. Tiada istilah malu apabila berputus tunang.
Islam
sudah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, usah dikhabarkan hal
pertunangan kita itu pada orang ramai. Bertunang itu lebih baik dibuat secara
diam-diam. Sabda Nabi SAW: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan)
tentang perkahwinan” (Hadis riwayat Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani di
dalam Irwa’ al-Ghalil)
Bertunang
itu adalah ikatan pengenalan, bukan kepastian. Hubungannya boleh diteruskan dan
boleh juga diputuskan. Jika ramai yang mengetahui dan ikatan itu putus maka
akan membawa malu besar kepada diri sendiri dan keluarga. Jika tiada orang tahu
maka perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Aturan Islam itu sangat mudah dan
indah. Cuma kita sahaja yang kurang memahaminya.
Penerangan
di atas berlaku jika kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang. Bagaimanapun
jika salah seorang tidak bersetuju, kita dibenarkan untuk terus berusaha
memikat hatinya tetapi jangan melampau.
Cukuplah sekadar 2-3 kali percubaan bertanya sama ada tanya sendiri kepadanya atau kepada orang tuanya, atau meminta bantuan orang ketiga untuk berbuat demikian. Jika berterusan ditolak, maka abaikanlah saja si dia.
Cukuplah sekadar 2-3 kali percubaan bertanya sama ada tanya sendiri kepadanya atau kepada orang tuanya, atau meminta bantuan orang ketiga untuk berbuat demikian. Jika berterusan ditolak, maka abaikanlah saja si dia.
Tidak
sepatutnya ada perasaan kecewa apabila cinta ditolak kerana cinta itu sendiri
sebenarnya belum wujud. Perasaan tersebut sebenarnya lebih tepat disebut
berminat terhadap seseorang dan bukannya bercinta atau mencintai. Bercinta
mesti melibatkan kedua-dua belah pihak yang sedang bercinta.
No comments:
Post a Comment