Penyakit
kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan
oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit
kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah
digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC.
Pakar
perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua
kategori semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis ialah diabetes
yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus
dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.
Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut.

Bukti
kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada
tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan
hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar
pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun
penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis
yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best
menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukosa dalam darah.
Kencing
manis atau diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda
adalah tinggi daripada normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat
sakit jantung atau angin ahmar. Kencing manis berlaku apabila pankreas dalam
badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan
insulin sendiri dengan berkesan.
Makanan
yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan
digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana
ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila
kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras
gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan
glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang
didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Bagaimana nak tahu sama ada kita ada kencing manis atau tidak? Salah satunya ialah dengan mencurahkan air kencing sendiri ke tanah. Kemudian tunggu dan lihat ada tidak semut yang mendekati kawasan tersebut. Jika ada, berkemungkinan kita menghidapinya.
Selain itu, terdapat beberapa tanda awal kencing manis iaitu;
-
Berat badan turun secara mendadak
- Jika mengalami luka, ia lambat sembuh
- Kerap membuang air kecil
- Kerap rasa lapar dan dahaga
- Mengalami lemah otot
- Mengalami kegatalan pada bahagian kemaluan
- Mudah letih atau asyik letih memanjang
- Nafas berbau manis
- Penglihatan menjadi semakin kabur

Luka
sukar sembuh. Apa jenis ubat pun jika salur darah ke kaki telah tersumbat maka
ubat tersebut tidak dapat ke luka di kaki. Toksik tidak dapat di keluarkan
kerana salur darah telah tersumbat.
Kencing
manis merupakan sejenis penyakit yang dapat menimbulkan pelbagai jenis
komplikasi seperti kebas kaki dan tangan, luka yang sukar sembuh, immuniti badan
yang rendah, sakit buah pinggang kronik, sakit jantung, mati pucuk, stroke,
buta dan lain-lain..
Faktor umur, kekeluargaan dan pemakanan memainkan peranan penting. Tanda-tanda awal seseorang menghidapi kencing manis ialah kerap dahaga, kerap kencing, menjadi kurus, sentiasa letih, gatal-gatal badan dan sering terjadi bisul.
Anda perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan segera. Penjagaan makanan seperti benda yang manis, karbohidrat yang berlebihan perlu dielakkan sementara serat dari sayuran dan oats perlu ditambah.

Kurangkan
minum minuman bergas. Darah tidak dapat di bekalkan ke ibu jari kerana salur
darah tersumbat. Darah membawa zat-zat makanan ke ibu jari.Bekalan zat-zat
tidak dapat di bekalkan kerana salur darah telah tersumbat. Luka sukar sembuh
kerana salur darah telah tersumbat.
Apabila salur darah ke kaki telah tersumbat. Darah tidak dapat mengalir. Kaki tidak dapat bekalan darah. Sel-sel di kaki akan mati. Sel-sel baru tidak dapat membiak. Kaki akan wujud tompok-tompok hitam. Kaki mula kebas.

Seseorang
yang mengidap kencing manis perlu menjaga makanan dan minuman. Pemakanan yang
seimbang disamping disiplin kepada jadual pengambilan ubat sangat perlu.
Tapi
apa berlaku bila pesakit tidak menjaga makan, mengambil makan yang berlebihan
minyak, lemak, berkolestrol dan tinggi gula menyumbang kepada kepekatan darah
dan seterusnya berlakunya sumbatan dalam saluran darah.
Perkara yang teruk sekali ialah dengan sikit demi sedikit kesan penyumbatan akan menyebabkan sel sel dalam organ mati dan secara perlahan lahan organ pesakit kencing akan rosak.
Perkara yang teruk sekali ialah dengan sikit demi sedikit kesan penyumbatan akan menyebabkan sel sel dalam organ mati dan secara perlahan lahan organ pesakit kencing akan rosak.
Pada
hal mereka makan ubat setiap hari tapi menjurus kepada kerosakan organ utama
bila ubat tidak dapat membantu kerana darah yang membawa zat zat ubat tidak
dapat sampai ke distinasi kepada sel sel dalam organ kerana banyak laluan
tersumbat.
Otak, paru-paru, jantung, hati, buah pinggang adalah antara organ paling penting dalam tubuh manusia. Dalam organ organ utama ini juga mempunya kapilari saluran darah. setiap organ-organ ini perlukan makanan, zat zat dan oksigen.

Yang
membawa zat makanan dan oksigen adalah darah. Segala ubat yang kita ambil perlu
sampai tapi jika darah kita terlalu pekat dan saluran darah kita banyak yang
tersumbat, apa yang akan berlaku?
Ramai pesakit kencing yang kronik meninggal dunia akibat punca dari kerosakkan organ utama. Salah satu punca utama kerosakan organ adalah kerana banyak saluran darah tersumbat dalam organ tersebut.
Ramai pesakit kencing yang kronik meninggal dunia akibat punca dari kerosakkan organ utama. Salah satu punca utama kerosakan organ adalah kerana banyak saluran darah tersumbat dalam organ tersebut.
Makanan yang perlu dielakkan atau dikurangkan:
-
Gula.
-
Manisan dan coklat (kecuali coklat masakan yang mengandungi minima 70% coklat
asli dalam kuantiti yang rendah).
-
Semua jenis makanan yang mengandungi gula derivatif yang mempunyai akhiran -ose
seperti glucose, sucrose, lactose, maltose dan banyak lagi.
-
Makanan berkanji seperti pulut, beras (terutama beras siam), gandum,
jenis-jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu.
-
Susu rendah lemak atau susu skim, dan susu pekat manis (Susu cair atau susu
segar penuh krim dibolehkan dalam kuantiti yang sedikit).
-
Yoghurt rendah lemak dan yoghurt berperisa (termasuk susu berperisa).
-
Sos cili, sos tomato dan kicap.
-
Semua jenis minuman dalam botol/tin, sirap dan skuasy.
-
Buahan dalam tin dan jus buah-buahan (buahan dalam bentuk jus mempunyai
kandungan gula lebih tinggi dari buahan segar).
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi
diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi
diabetes jika mempunyai perkara berikut:
-
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk
menghidapi diabetes.
-
Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin
tinggi risiko anda menghidap diabetes.
-
Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
-
Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
-
Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih). -
Tekanan darah tinggi.
-
Gaya hidup tidak aktif.
-
Faktor pemakanan - Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan
makanan berserat.
Hipoglisemia
ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit
kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau
di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.
Diabetes
ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya
bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh
tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi
angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar
diri.
Hiperglisemia adalah
apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak
sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan (kronik)
memberi kesan kepada atau menyebabkan:
- Mata: Katarak, pendarahan dalam mata dan
menyebabkan buta.
-
Saraf: Kebas atau kehilangan
deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa
disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene.
-
Otak: Angin ahmar (hubung
dengan strok).
-
Buah pinggang: kegagalan
buah pinggang.
-
Koma (hilang kesedaran).
-
Angin ahmar (strok).
-
Lemah tenaga batin (lelaki).
-
Sakit saraf atau mati pucuk.
-
Gangrene atau anggota tubuh mati/membusuk.
-
Cemas.
-
Berdebar-debar.
-
Berpeluh.
-
Menggeletar.
-
Terasa lapar.
-
Terkeliru.
-
Penglihatan kabur.
-
Pening lalat.
-
Tidak sedarkan diri.
Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah:
-
Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
-
Kerap terasa haus.
-
Muntah-muntah.
-
Badan semakin kurus.
-
Sukar bernafas.
No comments:
Post a Comment