Namun begitu ada catatan sejarah yang
menunjukkan bahawa orang-orang Melayu telah mempunyai pertubuhan rahsia sendiri
sejak dari tahun 1850-an. Penglibatan orang-orang Melayu di dalam pertubuhan
rahsia telah dicatatkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang (1851-1856) J.D. Vaughn.
Melalui risikan beliau, ia menunjukkan
bahawa kebanyakkan daripada ahli-ahli pertubuhan rahsia ini adalah mereka yang
berpengaruh di dalam komuniti kampung orang-orang Melayu. Ini termasuk imam-imam
masjid, guru-guru agama, pekerja kerajaan dan juga ketua-ketua kampung.
Pertubuhan Rahsia Melayu amat berkait
rapat dengan pertubuhan rahsia orang Cina pada satu ketika di mana mereka akan
menjalankan perniagaan sebagai rakan kongsi bersama-sama.
Ini menunjukkan bahawa kekuatan orang
Melayu pada ketika itu tidak dipandang enteng oleh ketua-ketua kongsi Cina
kerana mereka begitu berminat untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan
rahsia Melayu.
Terdapat teori yang mengatakan
pertubuhan kongsi gelap Melayu adalah berasal dari kongsi gelap Cina, namun
teori ini tidak dapat dipastikan dengan jelas.
Namun sekalipun ianya berasal dari
kongsi Cina, kuasa yang dipegang oleh orang Melayu pada ketika itu sememangnya
digeruni oleh semua.
Pada era 1850-an hanya dua pertubuhan
rahsia Melayu yang dikenali dan amat popular di kalangan penguatkuasa British
iaitu Kumpulan Bendera Merah dan Kumpulan Bendera Putih. Kedua-dua kumpulan ini
menjadikan masjid dan surau sebagai tempat perjumpaan dan perbincangan mereka.
Perkara ini amat ditakuti oleh
Kerajaan British kerana ianya bakal menguatkan lagi orang Melayu untuk
menentang mereka. Walhal pada dasarnya pertubuhan rahsia Melayu ini adalah
berteraskan dari sudut ekonomi dan survival orang Melayu di Pulau Pinang.
Pertubuhan rahsia orang Melayu bukan
sahaja ada di Pulau Pinang, malah terdapat juga pertubuhan-pertubuhan yang
tidak berdaftar yang wujud di negeri-negeri seperti Kedah, Johor, Pahang, Perak
dan Melaka.
Namun begitu kebanyakkan
pertubuhan-pertubuhan ini adalah berasaskan sekolah-sekolah persilatan. Silat merupakan
medium utama penyatuan bangsa Melayu pada ketika itu kerana ianya diperlukan
untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
Di sinilah berkembangnya semangat
perpaduan di kalangan orang Melayu kerana pada ketika itu penguatkuasaan undang-undang
yang diperolehi dari penjajah British adalah tidak memadai dan selalunya berat
sebelah.
Setelah beratus tahun pertubuhan
rahsia Melayu ditubuhkan, kita tidak tahu samada ianya masih lagi wujud hingga
kini atau tidak. Ini kerana apa yang kita dapat lihat sekarang adalah
pertubuhan baru yang tidak dapat dipastikan keasliannya. Mungkin ianya ada
kaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dahulu atau mungkin juga tidak.
Sejak dari tahun 1957 apa yang kita
sering dengar adalah ramai anak-anak Melayu yang bertuankan kongsi-kongsi Cina
pula. Perkara ini amat memalukan kerana anak-anak Melayu yang menyertai kongsi
gelap Cina dianggap tidak lebih dari "kuli" atau "khadam"
yang menjalankan tugas-tugas kotor untuk "boss" mereka.
Selebihnya adalah kumpulan-kumpulan
Melayu yang berlagak seperti samseng walhal mereka tidak langsung mempunyai
apa-apa kekuatan dari sudut ekonomi mahupun kekuatan anggota sepertimana yang
pernah dikecapi oleh kumpulan Bendera Merah dan Bendera Putih pada tahun
1850-an dahulu.
Apa yang pasti, dengan tekanan yang
diterima oleh orang Melayu Semenanjung pada ketika ini, tidak mustahil
kumpulan-kumpulan seperti Bendera Merah atau Putih ini akan muncul semula.
Orang Melayu semakin hari semakin ditindas oleh bangsa lain.
Keupayaan untuk berniaga pun dihadkan
oleh sesetengah penguasa negeri. Mungkin sudah tiba masanya untuk orang Melayu
bangkit dan menghadapi masalah ini dengan berani. Apa yang penting ialah maruah
dan kesinambungan legasi orang Melayu wajib dipertahankan, walau dengan apa jua
keadaan sekalipun.
Sumber: Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai
Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an. Oleh: Mahani Musa
No comments:
Post a Comment