Tuesday, 23 October 2018

STATISTIK BERKAITAN ROKOK


Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati amalan merokok membimbangkan. Statistik berkaitan amalan merokok semakin parah dan memerlukan tindakan sewajarnya untuk mengurangkan kadar atau angka yang berkaitan.

- 22.8 peratus (4,991,458) individu berusia 15 tahun ke atas adalah perokok.
- Lelaki 43 peratus
- Wanita 1.4 peratus
- 1 daripada 10 penduduk berusia 13 hingga 17 tahun merokok.
- Perokok dalam kalangan pelajar lelaki 33.2 peratus.
- Penggunaan rokok tanpa asap e-cigarette meningkat 1.0 peratus pada 2011 kepada 21 peratus pada 2015.
- Setiap seorang daripada tiga pelajar lelaki merokok sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatatkan 600,000 kematian setiap tahun akibat terdedah kepada asap rokok.
-   28 peratus daripada jumlah berkenaan adalah kanak-kanak.

Hakikatnya, merokok jelas mendatangkan bahaya kepada kesihatan sebagaimana amaran yang tertera dengan jelas pada kotaknya. Kajian sainstifik dan kajian perubatan membuktikan amalan merokok membahayakan kesihatan.   

Setiap rokok mengandungi 4,000 jenis bahan kimia dan sebahagian besar daripadanya adalah beracun dan ‘carcinogenic’. Di antara jenis racun dalam rokok ialah aseton, ammonia, naphthylamine, metanol, naftalena, kadmium, karbon monoksida, vinil klorida, hidrogen sianida, toluidina, arsenik dan fenol. 

Statistik berdasarkan kajian perubatan jelas menunjukkan kaitan di antara penyakit arteri jantung, tersekat saluran darah, kurang daya kecergasan otak, masalah lemah tenaga batin dan penyakit barah dengan merokok.

Di Amerika Syarikat didapati lebih 70 peratus pesakit mati akibat penyakit berbahaya adalah perokok. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pula mencatatkan setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit berkaitan dengan tabiat merokok. 

Kemungkinan perokok dihidapi penyakit berkadar dengan jumlah rokok yang dihisap setiap hari. Contohnya jika menghisab antara 10 hingga 19 batang rokok sehari, kemungkinan diserang penyakit paru-paru adalah 12 kali berbanding mereka yang tidak merokok. Jika merokok 40 batang sehari dan lebih, kemungkinannya meningkat sehingga 30 kali ganda.
 
Asap rokok bukan saja membahayakan perokok tetapi juga orang berada berhampiran atau dikenali perokok pasif. Mengikut kajian, perokok pasif mendapat kesan lebih tinggi berbanding perokok sendiri. 

Perokok bukan saja membahayakan diri sendiri, tetapi ahli keluarga termasuklah anak yang masih di dalam kandungan. Perokok tidak boleh mengatakan perbuatannya adalah hak individu kerana ia turut melibatkan orang lain, kecuali dia merokok jauh daripada orang lain.    

Kajian di Amerika Syarikat menganggarkan 147 hingga 251 orang bagi setiap juta perokok pasif meninggal akibat penyakit berkaitan rokok. 

Asap rokok yang disedut oleh perokok pasif dipanggil asap tembakau persekitaran (ETS).  Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati ETS mengandungi 4,000 bahan beracun, di mana termasuk 22 bahan kimia, 12 agen penyebab barah dan 10 logam berat. 

No comments:

Post a Comment