Tuesday, 19 February 2019

HUKUM JUAL BUAH BELUM PETIK

Islam menggariskan beberapa hukum lain mengenai perniagaan bahan pertanian. Hasil pertanian yang hendak dijual beli hendaklah telah dituai atau diketahui keadaannya. 

Contohnya, tidak diharuskan menjual buah-buahan yang masih berada di pokok dalam keadaan belum masak dan mengambil masa sebelum dapat dituai. Ini kerana tidak dapat diketahui keadaan sebenar buah itu apabila dipetik nanti dari segi rasa, kualtiti, kuantiti dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Namun harus menjual buah yang belum dipetik ketika sudah masak dan akan terus dipetik atau dituai oleh pemilik pokok atau pembeli. Dengan kata lain, penjual dan pembeli mengetahui secara 'sempurna' mengenai buah yang dijadikan subjek jual beli itu.

Kontrak jualan hadapan hasil pertanian dituai berdasarkan urus niaga bai al-Salam diharuskan, dengan syarat spesifikasi barang yang dipersetujui itu hendaklah benar-benar dijelaskan. Perkara itu supaya tidak timbul perbalahan antara kedua-dua pihak apabila serahan dibuat.

No comments:

Post a Comment