Tuesday, 19 February 2019

ATUR STRATEGI PULIH IMEJ ISLAM


Umat Islam perlu mengatur strategi dan bertindak untuk memulihkan imej, kuasa dan kekuatan. Tidak guna menyalahkan pihak lain yang berniat jahat terhadap umat Islam. Keadaan itu sepatutnya jadikan sebagai cabaran untuk lebih gigih menghadapinya.   

Ketika Rasulullah memimpin kerajaan di Madinah, strategi menghadapi segala ancaman pihak kafir dilakukan dengan teliti. Perkara utama dilakukan ialah menyatukan seluruh kekuatan penganut Islam tanpa mengira batasan geografi dan bangsa. 

Perpaduan yang dibentuk bukan bertujuan memusuhi dan memerangi mana-mana pihak dengan kekuatan. Islam adalah agama keamanan dan menghormati pihak lain. Tidak ada agama lain seperti Islam yang begitu menekankan kepada aspek hormat menghormati. 

Umat Islam harus sedar bahawa tindakan ekstrem bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi sekarang. Semakin banyak tindakan ekstrem dilakukan, semakin lemah kedudukan umat Islam.  

Tindakan keganasan yang dilakukan kumpulan pelampau Islam telah menyebabkan umat Islam tertekan dan menjadi sasaran pengawasan negara kuasa besar. Banyak negara Islam terpaksa tundak kepada arahan Barat berkaitan pemantauan aktiviti ekstrim pertubuhan Islam. 

Jihad yang mampu dilakukan oleh seluruh umat Islam sekarang ialah membina kekuatan melalui jati diri. Umat Islam perlu bangkit menjadi umat contoh yang dihormati, bukannya dikeji.  

No comments:

Post a Comment