Kegiatan memonopoli dan
menyorok sesuatu barangan (ikhtikar), terutama barang makanan tidak dibenarkan
dalam Islam. Rasulullah bersabda : "Hanya orang berdosa yang melakukan
kegiatan ikhtikari." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dam Ibn Majah).
Perbuatan itu dilakukan peniaga bertujuan untuk mendapat untung yang lebih tinggi. Mereka mengawal pasaran dan pembeli tidak mempunyai pilihan melainkan membeli barang keperluan dengan harga yang tinggi.
Begitu juga kegiatan orang tengah yang mengambil kesempatan dalam urusan pemasaran sesuatu barangan, termasuk barang makanan.

Oleh itu, Islam melarang
urus niaga yang dinamakan talaqa al-Rukban iaitu kegiatan menemui pengeluar
barangan, termasuk petani di luar pekan dan membeli barangan mereka sebelum
sampai ke bandar atau pekan dan mengetahui harga pasaran sebenar.
No comments:
Post a Comment