Telur temelar atau telur busuk adalah telur yang dieramkan tidak
menjadi dan tidak berjaya menetaskan anak ayam.
Telur dieramkan tidak menjadi anak ayam kerana telur tidak elok
disebabkan kena air atau proses eraman tidak sempurna.
Ibu ayam terus eramkan telur itu dalam tempoh masa lama. Maka
terjadilah apa yang dinamakan ayam gila sakok.
Untuk mengelak ibu ayam jadi gila sakok, perlulah telur itu dibuang.
Telur busuk atau telur temelar memang amat busuk. Bau busuknya
boleh merebak dalam lingkungan jarak kira-kira 50 meter. Kalau pecah dalam dewan,
memang semua orang akan menghidu bau busuknya.
Telur temelar biasa dijadikan 'senjata' untuk dilemparkan atau dibalingkan kepada
individu atau sekumpulan orang ramai sebagai tanda tidak puas hati atau protes.
Kalaupun tidak mengenai sasaran, itu tidak dikisahkan sangat.
Apa yang penting telur temelar itu pecah di tempat yang dilontarkan itu. Ia umpama
bom asap yang akan menghuru-harakan orang yang berada di situ.
No comments:
Post a Comment