Tuesday, 19 March 2019

TELUR TEMELAR JADI SENJATA

Objek telur sebagai 'senjata' menjadi tular berikutan insiden seorang remaja lelaki Will Connolly yang bertindak memecahkan telur mentah ke atas kepala Senator Australia, Fraser Anning.

Dahulu, telur sering dibaling ke pentas apabila tidak puas hati dengan persembahan nyanyian atau hiburan. Telur juga dilemparkan ke tengah padang semasa perlawanan bola sepak. Ahli politik yang tidak disenangi juga kerap dibaling dengan telur.

Kalau telur mentah biasa, rasanya tidak teruk sangat. Amat malang jika telur itu jenis telur busuk. Memang kalau kena di baju, basuh dengan satu kolah air belum tentu hilang.

Telur busuk atau telur temelar memang amat busuk. Bau busuknya boleh merebak dalam lingkungan jarak kira-kira 50 meter. Kalau pecah dalam dewan, memang semua orang akan menghidu bau busuknya.

Telur temelar berwarna gelap. Telur temelar terjadi apabila telur yang dieramkan oleh ibu ayam tidak menjadi dan tidak menetaskan anak.

Telur dieramkan tidak menjadi anak ayam kerana telur tidak elok disebabkan kena air atau proses eraman tidak sempurna.

Ibu ayam terus eramkan telur itu dalam tempoh masa lama. Maka terjadilah apa yang dinamakan ayam gila sakok.

Untuk mengelak ibu ayam jadi gila sakok, perlulah telur itu dibuang.

No comments:

Post a Comment