Friday, 9 August 2019

MAKAN BIJI DURIAN REBUS

Biji durian bukan sahaja boleh dijadikan benih untuk ditanam. Biji durian sebenarnya juga boleh dimakan.

Untuk makan biji durian perlu direbus terlebih dahulu. Caranya mudah sahaja. Masukkan di dalam periuk sehingga semua biji durian tenggelam. Masukkan sedikit garam.

Panaskan sehingga biji durian itu empuk. Angkat dan toskan.

Kulit luar biji durian sedikit tebal. Boleh guna gigi atau pisau untuk mengupas atau membuang kulit biji durian. Biji durian akan mengeluarkan 'gam' apabila dikupas.

Isi biji durian yang telah dikupas sedia untuk dimakan. Rasanya lemak dan sedikit melekit kerana 'gam' yang ada di dalamnya.

Biji durian yang dibuat pengat dan bubur pun boleh dimakan. Ia dikira sebagai biji durian rebus juga.

Semoga biji durian tidak lagi dibuang begitu sahaja. 

No comments:

Post a Comment