Pokok perah atau dipanggil juga peroh mengikut
dialek tempat masing-masing menghasilkan biji buah perah. Biji perah sedap
dimakan dan mendapat permintaan tinggi di kalangan penggemarnya.
Pokok perah termasuk kategori nadir dan natif.
Pokok perah tumbuh secara meliar di hutan-hutan di negara kita.
Biji perah boleh dimakan secara rebus atau jeruk dan
dijadikan ulam bersama nasi atau pun sebagai kudapan. Tapi lagi sedap buat
jeruk dengan petai berbanding direbus kerana rasanya yang berbeza. Kalau rebus,
tawar sikit tapi kalau dijeruk dengan petai, rasanya sempurna, ada rasa masam
masin.
Cara membuatnya juga agak rumit kerana setelah selesai
direbus lebih kurang 30 minit, buah itu akan direndam semalaman dengan air
biasa sehingga naik buih.
Kemudian, air berbuih itu perlu dibuang terlebih dahulu sebelum proses jeruk dilakukan dan ditambah pula dengan petai. Jika disimpan dengan betul, buah perah sebesar ibu jari yang sudah dijeruk itu tahan sehingga setahun.
Kemudian, air berbuih itu perlu dibuang terlebih dahulu sebelum proses jeruk dilakukan dan ditambah pula dengan petai. Jika disimpan dengan betul, buah perah sebesar ibu jari yang sudah dijeruk itu tahan sehingga setahun.
Isinya jika dimakan secara mentah (tanpa diproses atau
dimasak) serta secara berlebihan boleh menyebabkan mabuk atau pening kepala.
Isinya bewarna putih dan keras sama seperti buah badam dan ianya boleh dimakan
tetapi perlu dimasak atau diproses dengan betul.
Untuk memakan buah perah ini mestilah melalui proses yang
tertentu direbus dan dicampur dengan bahan-bahan yang tertentu yang lainnya
sehingga cukup masak baru boleh dimakan.
Sekiranya dimakan terus di bimbangi beracun dan boleh membawa
kepada kemudaratan. Untuk makluman buah perah adalah sejenis buah yang beracun
tetapi boleh dimakan dengan penyediaan yang betul.
Ada juga peminat biji perah makan dengan cara membakarnya dengan api arang atau ranting kayu. Baunnya harum dan rasanya lebih beraroma.
Ada juga peminat biji perah makan dengan cara membakarnya dengan api arang atau ranting kayu. Baunnya harum dan rasanya lebih beraroma.
Buah perah yang belum matang atau muda berwarna kelabu
dan bertompok kemerahan manakala bijinya berwarna putih dan apabila di
peringkat matang, bijinya berwarna coklat tua seperti biji getah.
Menjeruk buah ini dilakukan sehingga dua minggu supaya
ia lebih selamat dimakan dan rasanya rangup serta sedap seperti kacang rebus.
No comments:
Post a Comment