Kerepek biji durian? Ya, biji durian memang
boleh dibuat kerepek. Rasanya sedap, tetapi tidak perlulah hendak dibandingkan
dengan kerepek jenis lain. Jamin sedap. Itupun jika dibuat dengan betul.
Sebenarnya tidak payah pun. Yang penting
rajin. Tidak perlu bahan lain yang berbagai. Apa yang penting kena ada biji
durian. Tidak kisahlah nama durian apapun.
Ada dua cara penyediaan hendak membuat
kerepek biji durian.
Pertama, biji durian perlu direbus dahulu.
Kedua, tanpa perlu direbus dahulu. Cara pertama lebih sedap kerana isinya telah
masak.
Sama ada direbus dahulu atau tidak, langkah
seterusnya ialah membuat kulit biji durian.
Selepas kulit dibuang, biji durian itu
disegat atau dipotong nipis.
Seterusnya digoreng. Gunakan minyak sederhana
panas. Angkat apabila garing. Toskan dan sedia untuk dimakan.
Boleh dimakan sahaja atau dicicah apa-apa perisa
yang disukai.
Selamat mencuba. Jangan bazirkan biji durian yang
mahal itu. Ingat, ketika ditimbang, biji durian itu sudah dikira sebagai sebahagian
daripada harga. Dahlah kulitnya dibuang begitu sahaja. Janganlah biji yang boleh
dimanfatkan itu dibuang juga.
No comments:
Post a Comment