Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) terus
menyertai program untuk membantu asnaf. Kali ini PCAK turut serta dalam program
di Restoran Sri Kandar, Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Dalam program yang melihatkan anak yatim
dan pelajar pondok itu, PCAK berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada
mereka. Sumbangan yang disampaikan itu diharapkan dapat membantu serba sedikit keperluan
anak-anak yatim dan pelajar pondok berkenaan.
PCAK mengharapkan sumbangan orang ramai
bagi membolehkan NGO kebajikan itu dapat terus menyalurkan bantuan kepada
golongan asnaf.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank:
100-5055-000000-084 (MBSB).
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment