Abeyie nak jelaskan di sini berkenaan
content “Masok Gapo Terr” daripada Kak Bella bukanlah untuk menunjuk-nunjuk Kak
Bella pandai masak atau sebagainya.
Tetapi matlamat yang lebih penting adalah
berkongsi atau memberi step mudah kepada mereka yang baru-baru belajar masak
atau pun baru berminat “masuk dapur”.
Abeyie tahu, dale FB ini ramai yang pandai
masak dan jauh lebih hebat dari Kak Bella. Jadi pasti akan ada banyak yang
“tidak selari atau berbeza” cara masakan sehingga kalian “meninggalkan komen
agak tidak manis dan tidak sopan” sehingga mengguris perasaan ore tua.
Buat video masak dengan masak tanpa buat
video jauh berbeza kerana setiap pergerakkan atau step perlu dirakam dan
diperjelaskan. Itu tidak termasuk masa editing, shoot, kos bahan mentah dan
lain-lain.
Semoga Kak Bella terus bersemangat dan
tidak rasa putus asa atau “putuh angin” nak buat video. Insya-Allah Abe akan
sentiasa setia menjadi kameraman dan editor untuk b.
Luluss. Piyukkk
Teks dan gambar dari FB Poyie Gasi
Luluss. Piyukkk
Teks dan gambar dari FB Poyie Gasi
No comments:
Post a Comment