Sunday 15 January 2017

Idea pemikiran Evrving Goffman

Erving Goffman tokoh pemikir kontemporari sains sosial. Dia dilahirkan di Kampung Mannville, Kanada pada 1922. Mendapat pendidikan di Univesiti Manitoba dalam bidang kimia. Selepas tamat pengajian dia berkhidmat dengan Lembaga Filem Kebangsaan yang secara langsung menimbulkan minat dalam bidang berkaitan sosialogi.      

Minat dalam bidang sosialogi mendorong dia melanjutkan pengajian dalam bidang sosialogi dan antropologi di Universiti Tronto pada peringkat ijazah pertama dan kemudian melanjutkan pelajaran peringkat master dan doktor falsafah dalam bidang sosialogi di Universiti Chicago.
           
Dia dikenali antara tokoh yang mendasarkan kajian berasaskan pemikiran sosial interaksionis yang melihat masyarakat sebagai satu keseluruhan atau entiti. 
                       
Apa yang dibincang oleh Goffman tidak banyak bezanya dengan apa yang telah perkatakan oleh Shakespeare: "Seluruh dunia ini adalah pentas dan manusialah yang menjadi pelakonnya."
           
Goffman melakukan kajian secara pemerhatian dan menyertai masyarakat yang dikaji dalam usaha untuk mendapat statistik yang tepat dan hasil kajian merangkumi segenap maklumat  berkaitan tindakan seharian masyarakat yang dikaji itu.

Dalam pendekatan ini ahli teori interaksionis memberi tumpuan kepada interaksi sosial berskala kecil yang terdapat dalam kelompok-kelompok kecil. Setiap kelompok memberi saling mempengaruhi kelompok lain melalui interaksi yang berlaku.
             
Interaksionisme adalah satu kerangka kajian sosial yang meneliti manusia yang hidup dalam dunia yang mempunyai 'objek' yang bermakna, yang boleh berbentuk barangan material, tindakan sosial, manusia lain dan simbol.
                       
Bagi Goffman, dia lebih cenderung melihat individu sebagai pelakon pentas. Apa yang diakukan oleh pelakon adalah berdasarkan keperluan skrip atau kehendak pengarah. Justeru itu, seorang pelakon memainkan watak yang berbeza-beza mengikut situasi yang berbeza-beza.
           
Mereka melakukan perubahan itu sebagai memenuhi tuntutan kehidupan masyarakat. Individu tidak boleh terlalu bertegas dalam prinsipnya kerana mereka tidak hidup dalam alam masyarakat haiwan yang tidak mengambil kira keperluan pihak lain asalkan apa yang diingini tercapai.                  

Mengikut Goffman: "Masyarakat diuruskan berdasarkan kepada asas yang mana setiap individu melalui proses tertentu berdasarkan kepada tingkahlaku yang diterima oleh orang lain dan memberi kepuasan." 
           
Berdasarkan falsafah itulah, Goffman merumuskan bahawa perbezaan penonjolan personaliti seseorang berdasarkan keperluan mengikut keadaan, tempat, situasi atau keperluan. 
           
Contohnya, seorang bapa yang menjadi pegawai tentera sudah pasti memberi penampilan berbeza ketika bertugas dengan semasa berada di rumah. Semasa bertugas, sebagai pegawai tentera akan memperlihatkan ciri ciri tegas, bengis dan 'tidak berperikemanusiaan'. 

Apa yang dilakukan itu adalah berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan untuk memastikan pasukan di bawah pemerintahannya dalam melaksankan tugas dengan sempurna. 

 Aktiviti Kehidupan Berdasarkan Watak.
           
Biarpun setiap individu telah ada 'watak' tertentu yang perlu dimainkan dalam tugasnya, tetapi dia perlu berupaya untuk mengubah wataknya itu mengikut kesesuaian. 
           
Contohnya, seorang pemimpin mesti flaksible dalam menangani keperluan semasa berkaitan kepimpinan. Ini secara tidak langsung juga membuktikan bahawa seseorang perlu berubah sikap dan personalitinya berdasarkan keadaan yang berubah-ubah biarpun berada dalam situasi yang sama.

Perubahan sikap dalam situasi berbeza bukan bermakan tidak tetap pendirian. Sebaliknya perubahan itu adalah 'perlu' bagi membentuk hubungan yang baik berpanjangan atau menyesuaikan keperluan pada satu-satu keadaan. 
           
Malah, perubahan itu juga dilihat sebagai usaha positif untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku jika tidak berlaku penyesuaian keadaan.

Konsep penyesuaian keadaan ini tidak dilakukan sebarangan. Sebaliknya ia bergantung kepada pemerhatian, pengalaman atau contoh daripada pihak lain yang pernah terlibat dalam situasi yang sama. Pendidikan formal juga menjadi sebahagian panduan untuk melakukan sesuatu tindakan.

Hakikatnya, kehidupan manusia tidak boleh kaku. Mereka berubah mengikut watak-watak yang perlu dimainkan pada masa itu. Jika tidak berubah, maka akan berlaku keadaan tidak harmoni atau tidak sesuai dengan keadaan semasa. 
           
Malah, perkataan 'sedia berubah' mengikut perkembangan semasa adalah sebagaian daripada keperluan hidup manusia. Kehidupan manusia sentiasa berubah untuk meningkat lebih baik sehinggalah membentuk satu tamadun yang berbeza mengikut era atau zaman yang berbeza.
           
Manusia yang tidak dapat berubah mengikut keadaan semasa akan membataskan hubungan komuniksai dengan individu atau kelompok lain. Keadan itu secara tidak langsung akan mengurang mobalisasi dalam masyarakat. Aktiviti bersama akan berkurangan dan menyebabkan hidup masyarakat dalam keadaan kaku, tidak berkembang, tidak dapat menerima perubahan dan tidak dapat menyesuaikan dengan perkembangan semasa.  
           
Kembali kepada contoh, bapa sebagai pegawai tentera tadi, bapa yang tugas semasa di tempat bekerja akan berubah secara keseluruhan apabila berada di rumah. Apa yang diamalkan di tempat kerja tidak sesuai untuk diamalkan dalam konsep kepimpinan atau keibu bapaan di rumah. 
           
Dengan kata lain, individu perlu berubah wataknya berkali-kali dalam sehari bagi menyesuaikan keadaan dan keperluan. Namun, tidak dinafikan ada elemen tertentu yang diamalkan di tempat kerja dapat disesuaikan untuk diamalkan di rumah mengikut kesesuaian.
           
Sebagai contohnya, amalan disiplin yang diamalkan dalam tentera boleh diterapkan dalam proses mendidik anak. Pun begitu, proses itu tentulah tidak sama seperti yang diamalkan untuk mendisiplinkan anggota tentera. Tahapnya berbeza kerana melibatkan kelompok yang berbeza.
           
Dengan kata lain, proses pengubahsuaian atau penggabungan sesuatu tindakan penting dalam memastikan ia sesuai untuk suasana atau keadaan tertentu.
           
Seseorang yang hidup dalam masyarakat tidak boleh kaku atau hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira keperluan orang di sekeliling. Kita perlu berkongsi pengalaman, kehidupan, kemewahan atau saling memerlukan antara satu sama lain.
           
Sebab itu, manusia perlu meletakkan dirinya sebagai seorang 'pelakon' dan bersedia untuk mengikut apa-apa pun skrip dan arahan dari pengarah untuk menghidupkan 'watak' yang diberikan kepadanya. Setiap orang perlu menyumbang kepada kehidupan orang lain.
           
Kata Goffman: "Apabila seseorang itu berada atau terlibat dengan keadaan lain, mereka bukan saja dapat bergabung dalam soal kemudahan berbentuk fizikal, tetapi juga dapat berhubungan."

Bagaimana pensyarah dan ibu bapa terikat kepada pendekatan Goffman.

Seperti yang telah dijelaskan, antara penekanan dalam pendekatan Goffman ialah setiap orang memainkan watak-watak yang tertentu dalam situasi tertentu.

Dalam hal ini menuntut setiap individu melakukan perbuatan bersesuaian dengan keperluan atau tujuan yang ingin dilakukan, biarpun bertentangan dengan kebiasaan dilakukan oleh diri sendiri. Perbuatan ini biarpun dilihat seperti hipokrit, tetapi tetap perlu dilaksanakan bagi memastikan matlamat asal tercapai. 

Sebagai contohnya, seorang pensyarah yang menjadi pendidik mesti menunjukkan contoh yang baik kepada pelajarnya. Mereka terpaksa menunjukkan 'wajah' yang berbeza-beza ketika melaksanakan tugas agar bersesuaian dengan keadaan. 

Tegas pensyarah biarpun nampak sama seperti guru, namun hakikatnya tidak sama. Pensyarah mengajar atau memberi syarahan kepada mahasiswa yang sudah dewasa, berbeza perilakunya berbanding dengan pelajar yang masih bersifat kanak-kanak.

Dalam melaksanakan tugas itu, pensyarah lebih bersikap terbuka terhadap mahasiswas. Di sekolah, guru bukan sekadar mengajar mata pelajaran tertentu, tetapi juga mendidik nilai-nilai moral kepada pelajar.

Sebaliknya, pensyarah lebih tertumpu kepada tugas mengajar saja. Ini kerana mahasiswa sudah dewasa dan matang dalam melakukan sesuatu tindakan.

Sebab itu, hubungan pensyarah dengan mahasiswa lebih akrab. Kedang-kadang hubungan mereka seperti rakan. Untuk mewujudkan suasana ini memerlukan tindakan proaktif dari pensyarah. Di kalangan mahasiswa yang baru meninggalkan bangku sekolah, sikap kebudakan masih diwarisi. Justeru, pensyarah perlu memberi galakan kepada mahasiswa untuk berubah meninggalkan perangai budak-budak. Dunia mahasiswa berbeza dengan alam seorang pelajar.

Dalam hal ini pensyarah mesti memainkan watak penting membentuk suasana kampus. Jika pensyarah gagah mengubah situasi ini, institusi pengajian tinggi akan hilang seri dan taringnya. Biarpun hubungan pensyarah dengan mahasiswa rapat, tetapi tidak pula bermakna kedudukan mereka sama. Pensyarah tetap berada pada satu tahap lebih tinggi daripada mahasiswa.  

Justeru, biarpun rapat dengan mahasiswa mereka perlu ada batasan hubungan. Perkara ini penting bagi mengelak mereka berdepan dengan konflik tugas.

Dalam melaksanakan tugas, terutama dalam membuat penilaian atau memberi markah kepada mahasiswa, pensyarah perlu bertindak rasional dan profesional. Biarpun serapat mana hubungan pensyarah dengan mahasiswa, isu berkaitan tugas tidak boleh dikorbankan.

Apa yang dihuraikan di atas adalah menjelaskan mengenai pendekatan yang dijelaskan oleh Goffman yang mana individu adalah dilihat sebagai pelakon pentas yang mempersembahkan bahagian-bahagian personaliti tertentu dalam situasi-situasi yang berbeza. Mereka mewarnai kehidupan dengan watak berbeza kerana itulah hakikat kehidupan manusia.

Bagaimana ibu bapa terikat dengan pendekatan Goffman.
Sepertimana yang telah dijelaskan, pendekatan Goffman menggunakan teori interaksionis yang memberi tumpuan kepada interaksi sosial berskala kecil yang terdapat dalam kelompok-kelompk kecil. Ini termasuklah hubungan dalam sebuah keluarga melibatkan ibu bapa dan anak-anak. 

Dalam isntitusi keluarga, bapa sebagai ketua dan ibu pula sebagai pembantu yang diumpamakan seperti sebuah negara kecil. Manakala anak-anak pula adalah diumpama sebagai rakyat yang perlu mendapat bimbingan dan bantuan dari ibu bapa. 

Biarpun ibu bapa dan anak tinggal dalam sebuah rumah yang sama, hakikatnya kehidupan mereka jauh berbeza. Ibu bapa telah menempuh alam dewasa dan mempunyai tanggungjawab yang berat untuk membina sebuah keluarga yang bahagia yang memerlukan penyuburan amalan kasih sayang dan peruntukan kewangan yang seadanya. Sedangkan anak-anak bergantung harap sepenuhnya kepada ibu bapa dalam menuju ke alam dewasa. 

Jadi dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan watak dan tugas yang bersesuaian dengan tanggungjawab yang diamanahkan terhadap mereka.  

Sebagai ketua keluarga, bapa mesti tegas melaksanakan sesuatu peraturan atau pendekatan dalam keluarga. Sifat tegas ini penting bagi memastikan apa yang ditetapkan atau telah disepakati melalui perbincangan dengan isteri dan anak-anak dipatuhi. 

Kegagalan bapa mengikuti piawaian yang ditetapkan sendiri dalam melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga akan menjerumuskan seluruh ahli dalam kegagalan dan mungkin juga musnah. Banyak keluarga yang hidup dalam keadaan tidak aman disebabkan kegagalan bapa mentadbrnya. 

Jelas di sini, bapa tidak ada pilihan dalam memainkan watak yang bersesuaian dengan kedudukannya. Biarpun dalam banyak keluarga sekarang ini kedudukan isteri lebih tinggi dari segi akademik, kebijaksanaan dan kedudukan, hakikatnya dalam haraki keluarga, suami tetap berada di tempat pertama. 

Mungkin di tempat kerja, dalam kes suami dan isteri bekerja di tempat sama atau dalam organisasi yang sama, kedudukan suami lebih rendah berbanding isteri. Dalam hal ini, ketika itu suami tidak lagi berwatak sebagai suami di tempat kerja. Dia menjadi orang bawahan kepada isterinya, kerana pada hakikatnya hubungan mereka dalam alam pekerjaan adalah di antara pegawai tinggi dengan pekerja bawahan.

Sebaliknya, apabila berada di rumah, haraki kedudukan mereka bertukar di mana suami menjadi ketua dan isteri berada di bawah pengendalian suami.

Penukaran hariki kedudukan ini jelas menunjukkan bagaimana kedua-dua mereka perlu melakonkan watak yang berbeza mengikut situasi yang berbeza-beza. 

Sebenarnya, watak yang berbeza-beza ini bukan saja berkaitan dengan jawatan berbeza. Watak berbeza-beza juga wujud ketika mereka berada di tempat yang sama tetapi terpaksa menjiwai watak yang berbeza untuk matlamat tertentu.

Sebagai contoh, dalam proses mendidik, bapa perlu menunjukkan ketegasan terhadap anak-anak. Bagaimana, dalam keadaan tertentu mereka perlu berlembut berdasarkan kepada keperluan. Dengan kata lain, perlu wujud fleksibaliti yang secara langsung perlu melakonkan watak yang berbeza. 

Dalam proses menjalankan tanggungjawab sebagai bapa, seseorang itu perlu membezakan antara watak yang diamalkan di luar rumah, khususnya dalam bidang kerjaya masing-masing, dengan apa yang diamalkan di rumah.

Seorang bapa bertugas sebagai jurulatih tentera tidak boleh menjadikan anak-anak mereka seperti anggota tentera yang dilatih olehnya. Sikap tegas dan wajah yang bengis mesti dipamerkan ketika melatih anggota tentera. Sebaliknya, ketika berada di rumah mereka perlu mempamerkan sikap lebih mesra dan kasih sayang.  

Kesimpulan

Pendekatan Goffman dalam kajian teori interaksionis ternyata memberi kefahaman kepada kita bagaimana individu dilihat sebagai pelakon pentas. Sedangkan corak kehidupan atau hubungan yang terbentuk pula adalah pentas yang menjadi tempat pelakon melakonkan watak masing-masing.

Teori ini menjelaskan bahawa individu perlu bijak mengubahsuai sikap dan tindakan mereka, termasuk cara berfikir yang bersesuaian dengan sesuatu keadaan. Orang berjaya ialah mereka yang mampu meletakkan dirinya 'sesuai' dengan keadaan dan keperluan yang dihadapi. 

Mereka yang bijak menggunakan 'sumber' yang terdapat di sekeliling dan tidak meletakkan diri dalam keadaan jumud atau tidak boleh menerima perubahan. Semakin pantas seseorang dapat mengubahsuai diri dengan keadaan sekeliling mempercepatkan seseorang mencapai kejayaan dalam setiap apa yang dilakukan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum, sy ada serba sedikit yg nk dikongsikan ttg 1 penawar penyakit kronik atau kanser yg sy jumpa di sebuah blog. Mulanya sy tercari² ubat altenatif utk diri sy sendiri yg mengidap penyakit kronik rektum. Lama jugalah sy google maklumat sbb nak cari penawar kanser ni. Akhirnya sy terjumpa jus yg dihasilkan oleh pengasasnya yg bernama En.Zuhairi.
    Jadinya sy mencuba penawar nya ,syukur alhamdulillah sembuh dlm masa 8bulan je, drp sakit kronik kemudian sembuh smpai skg ni . Rasa bersalah pulak kalau sy x kongsi apa yg sy tahu, benda baik jika dikongsi dapat juga pahala, mudah² han. Aaminn

    Okay, kat sini sy share sikit beberapa testimoni² yg ade dlm website nya ya.... Mmg dah ramai sembuh dr banyak jenis penyakit kronik dn kanser drp ramuan nya. Lepas baca je testimoni dlm blog En Mohd Zuhairi Bin Noordin , sy mmg jd yakin nak cuba dan bukan biasa²...sakit bertahun² sy boleh sembuh, smpai doktor blh ckp ini satu keajaiban.

    ➡️Dlm blog tu, mcm² jenis kanser blh rawat termasuk kanser leukimia,paru²,limfoma dan banyak lg lah..jadi 1 berita gembira buat kita. Share kat orang yg tercari² penawar kanser.

    Okay, ini sebahagian info yg sy sempat copy drp blog En Mohd Zuhairi Bin Noordin

    Testimoni 1
    ▪️Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot atas lantai dan kalau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar bunyi lutut , tulang pula sakit. Nak masak terpaksa guna kerusi sebab tak mampu berdiri lama. Tapi lepas 6 hari je minum jus ni, beliau dah mampu berjalan. Saraf kaki dah tak tegang. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni 2
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor.
    Skg dah sembuh dari kanser. Ketumbuhan daripada saiz 2 genggam tangan org dewasa, bertahun terlantar tak mampu buat apa², sekarang dah berkerja, jalani hidup mcm biasa.

    Testimoni 3
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dan sihat walaupun pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 7tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order) pada tahun 2020, beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    Yang penting, beliau ambil produk luar biasa ni sampai sekarang (2022).

    Testimoni 4
    ▪Adik Izzat b. Muhd Ariffin. Kanser Burkit Lymphoma stage 4. Sekarang dh sembuh.
    Gurunya ada beritahu beliau tak pernah nampak mcm pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas. Adik ni ambil produk ni dan rasa bertenaga sambil merawat penyakit. Beliau ambil jus herba ini dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    Testimoni 5
    ▪Puan Musriharni ,pesakit asma kronik sejak kecil. Beliau guna pam healer setiap hari. Dlm masa yg sama,beliau juga pesakit GERD yang menyebabkan berangin satu badan hingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety, akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatannya makin baik, gastrik dan anxiety dah hilang, asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru² dah elok semula.

    Testimoni 6
    ▪Puan Rohana Binti Ismail. Seorang yang cergas dan aktif mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu. Tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan. Sakit nya tu sehingga nk turun tangga pun terpaksa turun macam orang tua, turun mengiring sambil berpaut. Bila dah minum jus ini, dalam masa 7hari saja kaki beliau dah mulai sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 minggu. Sekarang dah berjoging boleh jonging balik, daki bukit dlm 8km jauh nya. Sakit lutut hilang.

    ReplyDelete
  2. Testimoni 7
    ▪️Muhammad Iman Nashriq, umur 2 tahun. Mengidap penyakit lelah sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan, sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa² perubahan. Ibunya cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.

    ➡️Testimoni tu kalau buka website die ,ada sekali gambar pesakit.

    ➡️Sy sarankan kepada sesiapa yg ada sakit kanser ,cubalah ikhtiar cara ni selain usaha dengan rawatan doktor, tak salah kalau kita rawat cara alternatif lain, lagipun dari pengalaman saya sendiri yang mengidap penyakit kronik, ubat kanser tak ada di pusat rawatan, kimo memang membantu tapi merawat cara alternatif ni dah mula diterima masyarakat, cuma carilah yang betul² nak bantu merawat,bukanlah nak kaut untung semata².

    ➡️Ni sy tinggalkan sekali nombor utk dihubungi.Kot nak tanya apa²...
    En Mohd Zuhairi Bin Noordin 0174687570

    Sebarkan untuk kebaikan bersama.

    Terima kasih banyak²

    ReplyDelete