Thursday 6 July 2017

Fungsi dan kuasa Agong

Sistem pemerintahan Malaysia menggunakan konsep demokrasi raja berperlembagaan. Kedudukan tertinggi adalah Yang Dipertuan Agong yang menjalankan tugas berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan.

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan.

Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara

Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen.

Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.

Kedudukan raja mesti dihormati selaras dengan peranan yang dimainkan baginda.

Ibn Naqib al-Misri dalam bukunya al-umdat wa al-salik menyatakan fungsi Raja ialah:
- Menjaga hal ehwal umat Islam;
- Memastikan kedaulatan agama Islam terpelihara;
- Memastikan syariat Allah ditegakkan;
- Memastikan umat Islam belajar hukum-hakam agama;
- Mengembangkan syiar Islam melalui dakwah dan penaklukan;
- Mempertahankan negara Islam daripada pencerobohan kuasa kuffar;
- Memudahkan dan memberi khidmat kepada jemaah haji;
- Mengimami solat jumaat secara sendiri atau wakil; dan
- Menjadi wali hakim.

No comments:

Post a Comment