Saturday 7 October 2017

Hubungan kaum di Kelantan mesra

Rakyat Malaysia terdiri berbilang kaum dan anutan agama. Justeru, isu berkaitan kaum sering melingkari kehidupan rakyat Malaysia. Hal ini menjadi duri dalam daging atau api dalam sekam yang boleh mencetuskan keadaan tidak harmoni dalam masyarakat.

Kes atau Tragedi 13 Mei sering dijadikan penanda aras betapa kesan buruk terpaksa dihadapi negara apabila api perkauman meletus tanpa dapat dikawal. Maka, itu rakyat berbilang kaum seharusnya dididik agar dapat hidup dalam suasana harmoni dan saling bertolak ansur.

Indahnya hidup saling menghormati dan tolak ansur di antara kaum seperti yang diamalkan di Kelantan. Di Kelantan, isu perkauman tidak wujud. Semua kaum dapat hidup dengan penuh aman dan damai tanpa prasangka buruk.

Orang Melayu boleh hadir dan menjayakan program dianjurkan bukan Melayu, melainkan acara berkaitan keagamaan atau kepercayaan. Orang Melayu tidak kekok untuk bersama-sama dengan bukan Melayu.

Begitu juga, orang bukan Melayu turut sama dalam program kaum Melayu. Menariknya mereka boleh bersama-sama dalam acara tradisi yang dikaitkan dengan acara keagamaan. Mereka melakukan dengan penuh rasa kekitaan dan saling membantu.

Ambil saja dalam majlis asyura atau kaca suro contohnya. Biarpun acara membuat sura dikaitkan dengan tradisi agama Islam, mereka tidak keberatan untuk sama-sama menjayakan. Mereka bersama-sama mengacau sura dan perkara yang berkaitan dengannya.

Kehadiran bukan Melayu di program kaca sura tidak melibatkan acara ibadat, tetapi lebih kepada untuk bersama-sama memeriahkan acara. Bahkan di kalangan mereka tidak melihatnya sebagai acara keagamaan, tetapi lebih kepada kemasyarakatan.

Rahsia uniknya budaya hidup masyarakat berbilang kaum di Kelantan antara lain kerana di kalangan bukan Melayu fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan. Mereka juga makan dan mengamalkan cara hidup masyarakat Kelantan. Sebab itu, di kampung-kampung, kawasan rumah bukan Melayu dilihat tiada bezanya dengan penduduk Melayu.

STATUS DI FB:
SAJA NAK KASI DATUK LUA CHOON HANN TAU, BUKAN DIA SORANG AJE YANG RETI KACAU SURO, KITO PUN DAH JADI RUTIN TAHUNAN APABILA TIBA BULAN MUHARAM. SEMPAT GI TOLONG KUCA SURO RUMOH SOHOK DENGAN BENG BENG.

KITA KAT KAMPUNG NI TAKDE MASALAH PUN BERGAUL DENGAN MELAYU. CUMA SEDIHNYA LONI ADA PIHAK TERTENTU CUBA CETUSKAN SUASANA TEGANG ANTARA KAUM YANG BERBILANG KAUM.AGENDA YANG CUKUP TAK SIHAT.

No comments:

Post a Comment