Sunday 9 October 2022

BASIKAL UNTA TAHAN LASAK

 
Ahli Kelab Basikal Tua Kelantan kebanyakannya memiliki basikal jenis atau kategori basikal unta. Basikal unta adalah merujuk pada basikal yang bersaiz 26" @ 28" (saiz jejari rim), berpalang (lelaki), tidak kira apa jenamanya.
 
Jejari rim 26 inci atau 28 inci bermaksud ia lebih besar (bulatan) berbanding kebanyakan rim basikal biasa, yang sekaligus juga menggambarkan ketinggian basikal berkenaan.

Ketinggian dan kelasakan basikal berkenaan mungkin punca ia digelarkan ‘unta’ atau ‘basikal unta’. Memandangkan ia jenis lebih tinggi dan lasak, basikal unta banyak digunakan untuk dijadikan beca roda tiga di Kelantan atau lebih dikenali sebagai ‘teksi’. 

Antara jenama basikal unta yang terkenal pada masa dahulu ialah yang berjenama Raleigh buatan England. Jenama Raleigh bermula oleh Frank Bowden di Raleigh Street, Nottingham, United Kingdom pada tahun 1887.

Jenama lain yang turut terkenal ialah Hercules atau Robin Hood.

Sejarah penggunaan basikal unta ketika Perang Dunia Kedua digunakan oleh tentera Jepun ketika mula mendarat di Kota Bharu tahun 1941. Buatannya ringkas tapi mampu membawa tenteranya menjelajah dari Kota Bharu sehingga ke Singapura. Kemudian ia digunakan pula untuk tentera meneruskan kemaraan sehingga ke Burma.

No comments:

Post a Comment