Saturday, 21 October 2017

TERUJA MELIHAT AIR SUNGAI SANGAT JERNIH


Mata anda tidak silap dan tidak juga bermimpi. Gambar ini memang betul tanpa edit. Gambar menunjukkan keindahan alam semulajadi kejernihan air yang dapat dilihat di Sungai Umanaghat. Air yang belum tercemar.

Ia dikenali 'transparent river' atau 'sungai lutsinar' yang mana airnya hampir tidak kelihatan. Perahu yang berada di atas air kelihatan seakan-akan terapung di udara. Bukan mimpi dan bukan silap mata.

Terletak sekitar 100 km dari bandar Shillong, ibu negeri Meghalaya di India, Sungai Umanaghat menjadi sempadan India dan Bangladesh.

Sekarang ini tempat itu semakin mendapat perhatian peminat alam sekitar yang ingin melihat kecantikan yang masih tidak terusik dengan pencemaran alam.

Keindahan alam di situ dikongsi banyak pengunjungnya dan menjadi tarikan untuk orang lain seluruh dunia dapat untuk menikmati suasana yang dianggap keajaiban alam.

Semoga keindahan sungai itu menjadi inspirasi untuk rakyat Malaysia menjaga Sungai Kelantan, Sungai Perak, Sungai Pahang dan sungai lain yang agar kejernihan sungai di negara kita menjadi lebih baik. 

Mungkin agak mustahil untuk menyamai kejernihan Sungai Umanaghat, tetapi diharapkan kadar kekeruhan atau pencemaran yang dialami sungai-sungai di negara kita dapat dikurangkan. Sayang sungai kita khazanah alam anugerah Allah.




No comments:

Post a Comment