Tuesday 21 August 2018

Undi tidak percaya Menteru Besar Kelantan

Kerajaan gabungan PAS - UMNO (BN) memerintah Kelantan selepas PRU Ke 4 pada tahun 1974. Datuk Muhammad Nasir dari PAS dilantik menjadi menteri besar. Sepanjang tempoh menjadi menteri besar, Datuk Muhammad Nasir berdepan tentangan segelintir ahli PAS.

Kemuncak krisis menyaksikan pada 15 Oktober 1977, DUN Kelantan telah meluluskan usul tidak percaya kepada Datuk Muhamed Nasir selaku menteri besar. Dalam usul tidak percaya itu, 20 ADUN PAS menyokong manakala 13 ADUN UMNO bertindak keluar dewan.

Biarpun tidak mendapat sokongan ADUN PAS di DUN, Datuk Mohammad Nasir mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli akar umbi PAS dan rakyat Kelantan. Sebagai protes keputusan DUN itu, rakyat membuat perhimpunan besar-besaran sehingga menimblkan kekacauan dan keadaan tidak selamat.

Pada 8 November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, beliau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain, dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama BN dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan ahli parlimen PAS sendiri.

Mulai tarikh tersebut, Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan diletakan di bawah kuasa seorang pegawai persekutuan. Perdana Menteri telah melantik Encik Hashim bin Aman selaku pengarah MAGERAN. Pada masa sama Datuk Muhamed bin Nasir untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Setelah Kelantan di bawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua kepada menteri-menteri dan ahi parlimen PAS yang menyokong Rang Undang-Undang Darurat.

Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menentang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan BN terpaksa membuat keputusan membuang PAS dari pakatan itu. 

Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRN Kelantan diadakan pada 11 Mac 1978.

Datuk Mohammad Nasir telah menubuh BERJASA yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada BERJASA begitu kuat sehingga memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi. BN menang 23 kerusi. 

Dengan kekalahan itu menyaksikan PAS tersingkir dari tampuk kuasa setelah 20 tahun memerintah Kelantan.

Biarpun BN mampu menubuhkan kerajaan Kelantan secara bersendirian, BN mengambil keputusan menubuhkan kerajaan campuran dengan parti BERJASA. Tan Sri Mohamed Yaacob atau lebih popular dengan panggilan ‘Ayah Mat’ dari UMNO telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru.

Datuk Haji Mohamed bin Nasir pula telah dilantik sebagai senator dan menjadi menteri dalam Kerajaan Persekutuan.

PRU Ke 5 diadakan pada 8 Julai 1978 di Kelantan hanya melibatkan kawasan parlimen. 

No comments:

Post a Comment