Biasanya isi durian berwarna kuning. Berbeza dengan satu jenis durian yang isinya berwarna merah. Disebabkan isinya berwarna merah, maka ia dikenali dengan nama durian merah. Durian merah terkenal di Sabah.
Durian merah atau nama tempatannya di Sabah adalah marahang atau maraang. Durian marahang rasa isinya tidaklah sama dengan jenis durian lain. Durian merah rasanya manis, lemak dan lemak manis.
Durian merah atau nama tempatannya di Sabah adalah marahang atau maraang. Durian marahang rasa isinya tidaklah sama dengan jenis durian lain. Durian merah rasanya manis, lemak dan lemak manis.
Biasanya pokok durian merah tumbuh meliar di
hutan tebal di Sabah. Satu lagi keunikan buah durian merah ialah ianya tidak
akan gugur seperti buah durian yang lain. Biasanya untuk mengambil buah durian
merah kenalah memanjat pokoknya apabila buahnya dilihat sudah matang.
Kebiasaannya isi durian merah ini dimakan
begitu sahaja atau dimasak bubur bersama nasi atau dibuat tempoyak serta
rasanya memang unik, sedap dan lain dari yang lain.
Buah ini bermusim dan hanya berbuah sekali
dalam setahun dan kebiasaan musimnya adalah pada bulan September hingga
Oktober. Durian merah dipercayai berasal dari Kalimantan Indonesia yang
kedudukannya satu kepulauan dengan Sabah. Jadi, tidak pelik jika pokok durian
merah juga terdapat di Sabah.
Sebenarnya, buah durian merah semakin popular
di Indonesia. Usaha mengklon dan membiak baka durian merah telah dilakukan oleh
petani dan pihak berkuasa Indonesia.
Satu kawasan yang terkenal dengan durian merah di Indonesia ialah Banyuwangi yang terletak di Pulau Jawa berhampiran dengan Pulau Bali.
Satu kawasan yang terkenal dengan durian merah di Indonesia ialah Banyuwangi yang terletak di Pulau Jawa berhampiran dengan Pulau Bali.
No comments:
Post a Comment