Friday 2 November 2018

BATU TAWAS RAWAT AIR BERBAU

Batu tawas merupakan sejenis garam berbentuk batu bening atau menyerupai kristal. Antara penggunaan tawas ialah untuk merawat air keruh, berkarat dan berbau.

Untuk menjernihkan dan mengnyahkan bau air, tawas yang digunakan ialah dalam bentuk serbuk agar ia mudah cair atau larut di dalam air. 

Kuantiti penggunaan tawas bergantung kepada keadaan air yang ingin dirawat dan kuantiti air itu sendiri.

Untuk langkah awal atau 'percubaan', sudah memadai kuantiti tawas digunakan dalam anggaran 100mg sahaja untuk dimasukkan di dalam telaga yang berbau atau keruh.

Biarkan kira-kira tiga jam. Tawas akan 'mengikat' kumin-kumin kotoran dan bau dan akan mendap di dasar.

Jika keadaan air masih keruh atau berbau, tambah lagi kuantiti tawas. Dan biarkan kira-kira tiga jam lagi.

Proses yang sama dilakukan sehingga air benar-benar jernih atau tidak berbau.

Penggunaan tawas selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

No comments:

Post a Comment