Sunday 18 November 2018

SIAR GAMBAR BUKAN UNTUK BERMEGAH


Menyiarkan atau memuat turun gambar sedang menghulurkan bantuan di media sosial tidak semuanya untuk tujuan bermegah dan menunjuk-nunjuk. Jauh sama sekali untuk mendapat pujian dan mendapat balasan.

Namun, yang memberi bantuan itu berasa ada asas dan sebab mengapa dia perlu memuat turun gambar memberi bantuan itu.

Pertamanya, untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ramai orang yang memerlukan bantuan. Gambar itu bukan sahaja memfokuskan kepada menghulur bantuan, tetapi juga pastinya memperlihatkan susuk tubuh penerima dan persekitaran rumahnya.

Sekeping gambar memberi 1001 erti. Gambar memberi makna yang besar untuk menceritakan sesuatu biarpun tanpa ada caption atau cerita tentang gambar itu.

Keduanya, gambar itu diharapkan dapat memberi inspirasi dan galakan untuk orang lain juga melakukan perkara yang sama. Terlalu banyak orang lain yang masih memerlukan bantuan. Maka, lebih banyak lagi tangan yang di atas untuk menghulurkan bantuan.

Ketiganya, gambar dapat memberi gambaran kehidupan masyarakat. Ada sentuhan rasa dan pengertian yang boleh diambil dari sekeping gambar.

Lihat gambar di atas. Yang menghulurkan bantuan itu adalah orang Cina dan ada penerimanya adalah orang Melayu. Ia memberi satu gambaran, tidak semua Cina anti Melayu. Mereka menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa.

No comments:

Post a Comment