Sunday 18 November 2018

PTPTN TUTUP JIKA TANGGUH BAYARAN


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengakui akan ditutup atau tidak mampu terus memberi pinjaman kepada peminjam baru sekiranya menangguhkan pembayaran balik pinjaman tabung itu bagi peminjam yang berpendapatan bawah RM4,000 dilaksanakan.

Perkara ini diakui Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan bahawa pihaknya tidak mahu jika laksanakannya (penangguhan bayaran), pada tahun akan datang kerajaan terpaksa menutup PTPTN akibat beban hutang tinggi.”

PTPTN ditubuhkan kerajaan BN untuk memastikan pelajar kurang berkemampuan mendapat pembiayaan bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Walaupun terdapat pelbagai insentif untuk bayaran balik termasuklah antaranya penstrukturan balik pinjaman dan pinjaman ditukar kepada biasiswa, isu pinjaman PTPTN dikenakan "bunga" bagi bayaran balik dimainkan lebih besar berbanding faedah keseluruhan PTPTN.

Sepanjang 10 tahun, rakyat khususnya mahasiswa telah ditanam dalam fikiran bahawa kaedah pinjaman PTPTN adalah zalim. PTPTN dicap sebagai along berlesen. Pembangkang pada ketika itu menghasut rakyat bahawa kerajaan BN bertindak zalim membebankan rakyat kerana pendidikan sepatutnya disediakan secara percuma oleh kerajaan.

Pembangkan pada era pemerintahan BN bangkit membela nasib mahasiswa dengan menawarkan pendidikan percuma dan menghapuskan PTPTN jika dipilih menerajui Putrajaya.

Demonstrasi menuntut sistem pendidikan percuma dan supaya tidak perlu membayar baki pinjaman digerakkan di seluruh negara.

Rakyat terpengaruh dengan janji tersebut. Ia bukan sahaja mendapat sambutan di kalangan mahasiswa, malah turut disokong oleh ibu bapa serta majoriti pengundi.

Hari ini, Pakatan Harapan menerajui Putrajaya. Harapan besar agar pinjaman PTPTN dihapuskan atau sekurang-kurangnya ditangguhkan pembayaran bagi mereka yahg berpendapatan bawah RM4000 sebulan tidak menjadi kenyataan. hng berlesen.

Kini, graduan yang mempunyai pendapatan RM1000 sebulan akan dikenakan potongan secara bulanan untuk membayar pinjaman PTPTN.

Kerajaan Pakatan Harapan terus menyalahkan kerajaan sebelumnya sebagai punca kegagalan mereka menunaikan janji.

Manakala graduan dan mahasiswa pula yang sudah bosan dengan dolak dalih kerajaan Pakatan Harapan, mula bangkit menutut janji secara lebih 'agrasif'.

Sebagai permulaan, sekumpulan graduan dan mahasiswa melakukan perarakan berjalan kaki dari Universiti Malaya menuju ke parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pendidikan. Biarpun jumlah yang menyertainya sedikit, ia adalah satu manifestasi yang perlu diambil berat oleh kerajaan Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment