Tuesday, 13 November 2018

MENILAI HATI APABILA DIUJI


Imam Malik adalah seorang ulamak fiqih yang terkenal. Pengasas Mazhab Maliki. Dia juga seorang ulamak yang kaya. Mempunyai banyak kapal dagang.

Suatu hari sedang dia mengajar, satu orang dengan tergesa-gesa datang berjumpa beliau. Orang itu memberitahunya satu daripada kapal dagangnya karam.

Dia diam tundukkan kepalanya. Kemudian diangkat kepalanya dan dia berkata, Alhamdulillah. Terus menyambung kuliahnya.

Tidak lama kemudian, orang tadi berlari-lari datang semula kepada Imam Malik. Dia kata maaf Tuan, bukan kapal Tuan, kapal orang lain.

Imam Malik dengan tenang tunduk lagi, kemudian diangkat kepalanya dan berkata Alhamdulillah.

Murid-murid beliau yang memerhatikan peristiwa itu bertanya Imam Malik kenapa beliau berbuat demikian dalam dua keadaan tersebut.

Imam Malik mengatakan apabila orang itu datang dengan perkhabaran pertama, dia tunduk melihat hatinya. Hatinya tidak terkesan dengan berita yang menyedihkan itu. Lalu dia mengucapkan Alhamdulillah.

Apabila orang tadi datang dengan perkhabaran kedua, diapun melihat hatinya. Hatinya juga tidak melonjak kegembiraan terkesan dengan berita yang baik itu. Lalu dia mengucapkan Alhamdulillah.

Itulah yang kita perlu usahakan mendidik hati kita supaya tidak terkesan dengan keadaan hidup kita. Kita boleh jadi sekaya-kaya yang kita dapat, tapi hati kita tidak terkesan dengan kekayaan kita.

Kalau diuji dengan kemiskinanpun kita sabar dan tenang.

No comments:

Post a Comment