Tuesday 26 March 2019

LASKAR SIBER MESTI KREATIF


Salah satu ciri diperlukan untuk menjadi laskar siber atau tentera siber ialah kreatif. Apa sahaja bahan yang boleh dijadikan senjata atau peluru untuk menyerang musuh perlu digunakan sepenuhnya.

Mereka kreatif membuat parodi dan troll apa sahaja isu. Apa yang penting ada isu dan boleh dijadikan bahan menyerang seseorang. Ia dilakukan sama ada melalu tulisan, gambar mahupun video.

Kemudian bahan itu diposkan di media sosial yang pasti akan disambut oleh warganet sama ada membuat kongsian atau muat turun untuk disebarkan semula.

Lihat sahaja gambar di atas. Ia adalah isu berkaitan cadangan Tun Mahathir agar setiap rakyat minum satu sudu minyak sawit setiap hari untuk meningkatkan permintaan terhadap minyak kelapa sawit yang sekali gus menaikkan harga komoditi utama negara yang kini mengalami kejatuhan harga yang terus.

Lebih kehadapan, laska siber bukan sahaja bercakap tentang minum satu sudu minyak kelapa sawit, tetapi menjadikan buah kelapa sawit sebagai ulam atau lauk ketika makan nasi.  

No comments:

Post a Comment