Monday 15 April 2019

JENAMA CAP PUTERI MILIK BUKAN MUSLIM

 
Pemilihan nama jenama amat penting dalam perniagaan. Majoriti pengguna di Malaysia ada orang Melayu Islam. Jadi, janama yang bercirikan Melayu dan Islam amat penting.

Sebab itu, banyak jenama bercirikan Melayu dan Islam menjadi pilihan biarpun sebenarnya pengusaha itu bukan Melayu dan bukan Islam. Ini terutama bagi industri berasaskan makanan dan berkaitan dengannya yang memerlukan status halal.

Umat Islam tidak berkompromi dalam soal makanan yang tidak menepati status halal mengikut syarak.

Ambo ambil contoh jenama terkenal berasaskan makanan yang diusahakan oleh pengusaha bukan Islam tetapi menggunakan nama bercirikan Melayu. Ia hanya sebagai contoh jenama dan tiada kaitan untuk mempersoalkan atau mengaitkan status halal.

Jenama tersebut ialah Puteri. Puteri adalah jenama produk masakan yang terdiri daripada cili boh, cili giling, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap pekat, cuka, kicap cair.

Puteri adalah jenama keluaran bukan Islam yang diusahakan oleh Syarikat APS Manja Sdn. Bhd yang berpengkalan di Puchong, Selangor. Syarikat APS Manja Sdn. Bhd dimiliki oleh orang Bukan Islam.

Itu contoh daripada sekian banyak jenama bercirikan Islam dan Melayu, tetapi diusahakan oleh pengusaha bukan Islam dan bukan Melayu.

No comments:

Post a Comment