Pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan
protein yang sangat diperlukan badan. Protein sayuran yang terkandung dalam
daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan
merupakan komponen sistem enzim.
Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi
sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.
Kandungan protein
dalam daun ubi disebut-sebut setara dengan protein pada telur, dan mengandungi
lebih dari 60% asid amino esensial. Kerana kelebihannya ini, daun ubi sangat
baik untuk mencegah sembelit, baik untuk kesihatan mata, dan mampu meningkatkan
kekebalan tubuh.
Asid amino dalam daun ubi kayu juga berguna untuk pemulihan luka dan
kulit yang bermasalah serta rosak. Ia juga berfungsi untuk menggantikan sel-sel
yang rosak, menguatkan tulang dan membantu daya ingatan yang baik. Selain itu
juga ia membantu memulihkan sistem metabolisme tubuh.
Klorofil dalam daun
juga berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser.
Daun ubi kayu sangat
rendah kalori dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan berat
badan. Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem
penghadaman.
Bagaimana anda ingin
menikmati keenakkan pucuk ubi terpulang kepada anda. Mungkin dicelur dan dicicah
dengan budu atau belacan. Boleh juga masak lemak cili padi, goreng cili api,
sambal tempoyak petai dan pucuk ubi, rendang, ulam dan kerabu.
Untuk mendapatkan pucuk ubi kayu tidak
sukar kerana pokok ubi kayu mudah tumbuh. Di kampung-kampung, terdapat kawasan
yang pokok ubi kayu dianggap sebagai semak kerana banyak tubuh dengan sendiri
melalui keratan batang yang dibuang di sesuatu tempat. Jadi, sesiapa pun boleh
petik pucuk daun ubi kayu di kampung dengan percuma.
Pucuk daun ubi kayu ada banyak jenis.
Ada jenis pokok ubi kayu yang daun pucuknya agak pahit. Jenis paling sesuai
untuk dijadikan daun pucuk ubi kayu sayur ialah pokok ubi kayu pulut.
No comments:
Post a Comment