Tuesday, 16 April 2019

BAZAR TOK GURU LOKASI WAJIB SINGGAH


Kelantan terkenal pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai produk keperluan harian. Pengunjung ke Kelantan pasti tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di beberapa lokasi perniagaan terkenal di Kota Bharu, Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang.

Antara pusat membeli belah terkenal di Kota Bharu ialah Bazar Tok Guru.  Bazar Tok Guru dirasmikan oleh Tuan Guru Datuk Bentera Setia Menteri Besar Kelantan pada Julai 2011.

Selain menjual pelbagai aneka pakaian siap, batik dan songket, makanan tempatan seperti keropok dan dodol juga ada dijual di sini.

Harga yang ditawarkan berpatutan sama ada membeli secara runcit mahupun borong.

Setiap pengunjung yang biasa bertandang ke Kelantan sudah pasti mengenali Bazar Tok Guru kerana kedudukannya yang mudah untuk dikunjungi.

Majoriti peniaganya adalah wanita yang menjadi identiti peniaga Kelantan.

No comments:

Post a Comment