Friday 31 May 2019

Kerabu kulat gelam cicih air asam


Kulat gelam atau cendawan gelam adalah sejenis cendawan yang tumbuh selepas hujan di tanah beris atau berpasir di kawasan pokok gelam. Kulat gelam tumbuh sendiri secara meliar. Biasanya ia akan tumbuh di tempat sama pada setiap musim.

Musim cendawan gelam bukan setiap kali selepas hujan, tetapi musim hujan selepas kemarau atau musim panas. Kalau hujan musim tengkujuh memang tidak terdapat kulat gelam.

Rasa kulat gelam sedikit kelat pahit. Sebab itu, kulat gelam selalu dijadikan kerabu atau dicicah bersama air asam. Peminat kulat gelam pasti tidak melepas peluang untuk mencarinya apabila tiba musimnya.

Selain itu, kulat gelam ada dijual di pasar sama ada yang mentah atau telah direbus.

Resepi kerabu kulat gelam boleh ikut citarasa masing-masing. Yang penting sedap dan habis tidak berbaki. 

Begitu juga buat air asam boleh ikut cara tersendiri. Tidak ada cara atau resepi khusus. 

Selamat menikmati kulat gelam yang pasti sekali cuba hendak lagi. 

No comments:

Post a Comment