Friday 31 May 2019

PLURALISME AGAMA YANG MAKIN MEMBARAH


Serangan pemikiran bertali arus semakin senang dilakukan musuh Islam apabila orang Islam sendiri menyokong tindakan mereka. Musuh Islam mendapat pertolongan dari orang Islam liberal yang telah terpesong pemikiran mereka dari landasan Islam sebenar.

Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berlapang dada dengan penyelewengan ini. Antara cabaran yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai keadaan.

Seperti bala sedang menghempap tanah leluhur apabila fahaman neo muktazilah, Islam Inklusif atau Islam liberal sedang merayap dan mengukuhkan akarnya.

Pluralisme agama di atas nama keharmonian kaum dan merapatkan jurang antara kaum adalah racun yang membunuh akidah. Simptom ini makin mencolek mata dan nurani kita semua yang beriman.

Berdoa beramai-ramai dengan pelbagai fahaman agama diperkuburan bukan Islam, berbuka puasa di rumah sembahan bukan Islam, kongsi raya bahkan meletakkan semua agama menuju ke arah syurga dan semua agama menuju ke arah kebenaran adalah fahaman jamak agama yang membaham kemuliaan Islam.

Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka.

Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolabarasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.

No comments:

Post a Comment