Monday 27 May 2019

KES KECURIAN LEMBU DILAKUKAN PAKAR

Dalam kebanyakan kes kecurian lembu, ia dilakukan dengan 'kepakaran' menjinakan lembu sehingga mampu memasukkan lembu yang dicuri ke dalam kereta di tempat duduk penumpang belakang atau di tempat simpan barang.

Jika difikirkan lojik, tentu sekali perbuatan itu tidak dapat dilakukan, melaikan oleh mereka yang 'pakar' menjinakkan lembu dan melibatkan kekuatan yang padu.

Satu lagi cara mencuri lembu yang dilakukan ialah lembu itu 'disembelihkan' di tempat tertentu. Pencuri hanya akan mengambil bahagian tertentu seperti keempat-empat kaki serta bahagian di atas belakang yang mempunyai nilai atau harga tinggi.

Manakala bahagian perut dan kepala pula akan ditinggalkan begitu sahaja. Kerja mengambil bahagian lembu itu dilakukan dengan pantas.



No comments:

Post a Comment