Monday 27 May 2019

MICROSLEEP TERLELAP SEMASA MEMANDU


Antara punca kemalangan jalan raya ialah berpunca 'microsleep' atau terlelap semasa memandu. Biarpun terlelap sekadar beberapa saat, ia sudah mampu menjadi punca kepada tragedi yang boleh meragut nyawa dan kerugian harta benda.

Sebagai pemandu, mereka perlu memastikan mendapat rehat mental dan fizikal yang cukup, lebih-lebih lagi buat mereka yang bakal menghadapi perjalanan jarak jauh bagi mengelakkan kejadian terlelap semasa memandu.

Microsleep terjadi tanpa amaran dan antara penyebab sering berlakunya kemalangan di jalan raya kerana apabila badan keletihan, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata anda terbuka dan tangan memegang stereng.

Sebb itu, jangan paksa diri untuk terus memandu dalam keadaan badan letih dan mata mengantuk. Berhentilah di mana-mana tempat selamat dan lelapkan mata sebentar. Lima minit pun cukup atau berhenti setiap dua atau tiga jam jika pemanduan jarak jauh.

Lazimnya potensi menjadi mangsa ‘microsleep’ apabila memandu jarak jauh, ditambah faktor lain seperti waktu pemanduan, keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu, bentuk dan permukaan jalan raya serta keadaan cuaca boleh menyebabkan mengantuk kerana ketika itu segala input daripada deria penglihatan dan pendengaran sudah tidak dapat diproses otak.

Antara simptom seseorang itu mungkin bakal menjadi mangsa ‘microsleep’ ialah lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat, pandangan kosong, mata berkelip lebih kerap, menguap berlebihan dan tersentak tiba-tiba.

Biasanya individu yang menjadi mangsa ‘microsleep’ itu merasakan dia masih memandu sedangkan dia telah ‘shut down’ dan ini boleh berlaku ketika mata masih terbuka.

Sebenarnya, 'microsleep’ tidak hanya terjadi semasa memandu, malah boleh terjadi semasa menonton televisyen, ketika berada di dalam kelas, menghadap komputer dalam jangka masa yang panjang dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment