Monday, 22 July 2019

KETIKA GERHANA BULAN DIGALAK SEMBAHYANG SUNAT ALQAMAR

Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini boleh berlaku ketika bulan pernama dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama atau sangat-sangat hampir.

Jenis dan tempoh sesuatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Bayang-bayang bumi ada 2 kawasan yang dikenali sebagai umbra  (paling gelap) dan penumbra (kurang gelap).

Orbit bulan pula senget 5 darjah daripada satah orbit bumi dan matahari. Kesannya ialah, walaupun setiap bulan, Bulan akan berada segaris dengan bumi dan matahari, tetapi ada kalanya ia berada sedikit ke atas atau ke bawah daripada orbit bumi. Jika ini berlaku, tiada fenomena gerhana akan berlaku.

Umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana bulan berjemaah dan mengadakan khutbah gerhana bulan ketika berlaku fenomena gerhana bulan.

Umat Islam digalakkan menghidupkan sunnah dengan menunaikan solat sunat Khusuf Alqamar (gerhana bulan) dan membuat cerapan melihat fenomena itu.

Tujuan melakukan kedua-dua ibadat sunat ini adalah untuk melihat kebesaran Allah SWT yang mencipta makhluk di bumi dan dilangit termasuk bulan.

Umat Islam juga diminta memohon keampunan daripada Allah SWT serta memohon rahmat keamanan serta dijauhkan daripada sebarang musibah.

Pendapat dan dakwaan sesetengah pihak mengatakan solat sunat gerhana bulan sebagai untuk menyembah bulan adalah bukti jahil agama.

Solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan Allah SWT.

Solat sunat gerhana bulan dan matahari telah sekian lama dilakukan oleh umat Islam sebagai ikutan sunnah Nabi Muhammad.

No comments:

Post a Comment