Thursday 29 August 2019

KENAPA PERLU SOKONG PRODUK MUSLIM


Kempen utamakan produk dan perkhidmatan muslim perlu dipertingkatkan. Tindakan ini tiada kaitan dengan permusuhan antara agama. Sebaliknya, satu usaha untuk meningkatkan ekonomi orang Islam.

Tentu sekali tidak salah untuk kita membantu sesama muslim. Bahkan, itulah yang digalakkan dalam Islam. Sesungguhnya setiap muslim bersaudara dengan muslim yang lain.

Justeru, orang Islam perlu mengutamakan produk dan perkhidamatan yang disediakan oleh orang Islam.

Di Malaysia, penganut Islam adalah yang terbesar. Jadi, kuaa beli umat Islam adalah besar.

Jika orang Islam membeli dan mengutamakan produk orang Islam, maka ia secara langsung akan meningkatkan ekonomi umat Islam.

Perniagaan adalah berkaitan permintaan dan penawaran. Jika orang Islam meningkatkan permintaan terhadap produk Muslim, orang Islam akan meningkatkan pengeluaran.

Peningkatan pengeluaran akan memberi peluang lebih banyak orang Islam terlibat dalam peringkat-peringkat yang berkaitan dengannya. Ia memberi peluang perkerjaan dan meningkatkan sosial ekonomi orang Islam.

Pengusaha Islam akan lebih berjaya dan berdaya saing. Keuntungan yang diperoleh akan meningkat. Pengusaha Islam akan mengeluarkan zakat apabila perniagaannya untung. Zakat itu pula pastinya dapat dimanfaatkan kepada orang Islam.

Jadi, utamakan produk dan perkhidmatan disediakan Muslim.

No comments:

Post a Comment