Sunday 22 September 2019

MAKSUD TUNGGU PISANG GALA TIADA BIJI

Tunggu pisang gala tiada biji. Itu perumpamaan yang membawa maksud yang sama dengan perumpamaan tunggu sampai kucing bertanduk. Kedua-duanya membawa maksud menunggu atau mencari sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku. 

Pisang gala atau banggala adalah sejenis pisang yang dipenuhi dengan biji. Kandungan biji lebih banyak daripada isi pisang. Jadi, memang tidak mungkin akan dijumpai pisang ggala yang tiada biji. 

Jika ada pisang seakan-akan pisang gala tetapi tiada biji atau hanya ada dua tiga biji dalam sebiji pisang, maka itu bukan pisang ggala. 

Namun, ada juga orang minat makan pisang ggala. Rasanya manis.

Makan pisang gala tidak boleh dikunyah kerana akan terkunyah biji yang keras dan berasa tidak sedap.

Jadi ketika makan pisang ggala hanya menggunakan kekuatan lidah dan lelangit untuk menjadikan ia 'hancur' sebelum ditelan.

Biasanya biji akan ditelan bersama-sama, tetapi ada juga yang lebih suka membuangnya.

Sebenarnya pisang gala ditanam untuk mendapatkan buah yang masak. Buah pisang ggala diambil ketika masih muda, Ketika itu biji dan kulitnya masih lembut.

Pisang gala muda dibuat acar masak. Rasanya masam manis dan pedas.

Apabila dibuat acar, keseluruhan bahagain buah pisang itu boleh dimakan iaitu kulit, isi dan biji.

Selain untuk mendapatkan buah mudah, bahagian paling berharga pokok pisang gala ialah daun. Daun pisang ggala mendapat permintaan tinggi untuk digunakan dalam penyediaan makanan seperti untuk membungkus. 

No comments:

Post a Comment