Monday 16 September 2019

BINA PAINT CAT PRODUK MUSLIM PATUH SYARIAH

Bina Paint Marketing Sdn. Bhd. (Bina Paint) mendapat pensijilan patuh syariah daripada SIRIM Berhad (SIRIM) sebagai pengesahan semua produknya bersih dan suci.

Pensijilan itu penting supaya pengeluaran produk catnya melalui proses patuh syariah secara menyeluruh bermula daripada pembiayaan perbankan Islam sehinggalah kilang pengeluaran.

Bina Paint menyasarkan untuk muncul satu-satunya pengeluar cat patuh syariah di negara ini sekali gus meningkatkan keyakinan para pelanggannya.

Bina Paint merupakan jenama tempatan berteknologi Jerman dan Jepun yang memperoleh pengiktirafan Malaysian Brand dan pensijilan Eco Label daripada SIRIM.

Keyakinan pengguna terhadap produk Bina Paint diperkukuh dengan teknologi cat mesra alam yang mempunyai ketahanan sehingga 10 tahun.

Bina Paint kini setanding dengan cat jenama terkenal seperti ICI, Nippon, Seamaster, Sissons, Jotun, Sankora dan lain-lain.

Bina Paint kini adalah peneraju cat patuh Syariah No.1 di Malaysia yang mengeluarkan pelbagai produk seperti cat dinding luar dan dalam. Cat solvent untuk kayu dan besi. Cat kalis air untuk bumbung dan dinding. Cat lantai industri serta cat gelanggang sukan.

No comments:

Post a Comment