Saturday 12 October 2019

PENTERNAK IKAN AIR TAWAR

Boleh dikatakan setiap hari ada yg datang ke kolam kami.ada yang berkumpulan dan bersendirian. Mereka datang dengan matlamat masing-masing.

Ramai yang hendak belajar ternak ikan, melawat dan membeli ikan adalah perkara biasa yang kami terima. Kami kongsi ilmu dan terima semuanya tanpa rasa bosan. Kami ikhlas berkongsi dan meniaga.

Bulan lepas sahaja lebih 5 pelabur yang datang walk in untuk melabur dalam peniagaan kami. 4 Melayu dan 1 India Muslim. Sebenarnya orang kita terutama Melayu ni banyak duit dan rajin mencari peluang. Siapa kata bangsa kita malas.

Buat masa ini kami belum perlukan pelabur baru. Jadi, untuk yang buat bisnes perikanan dan pertanian memerlukan pelabur boleh info kami. Kita saluran pada yang memerlukan. Keyakinan terhadap peniagaan sangat penting.

Misi kami adalah untuk memperbanyakkan penternak muslim. Kita nak pengeluaran ikan air tawar dari penternak muslim. Pasaran ikan air tawar sangat sangat senang bila orang kita yang ternak. Kita boleh bantu dari segi nasihat cara bela dan pasaran.

Bila kita berkumpulan kita mampu bersaing dgn penternak yang bukan muslim.niat kita nak jaga makanan kita sahaja.kita bukan rasis. Pada yang berminat yg nak menternak bersama kami boleh info kami segera.


Berakhir di mana tak penting. Yang penting kat mana kita bermula''

MAZLI MASHUDI
Penternak ikan air tawar.

No comments:

Post a Comment