Sunday 13 October 2019

TUJUH GOLONGAN SAHABAT


Manusia tidak dapat lari dari ada sahabat. Hal ini disebabkan manusia memang suka bersosial atau berteman. Terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis sahabat.

1. TA’ARUFFAN - Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN - Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN - Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN - Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.

 5. AMALAN - Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.

6. ADUWWAN - Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita … Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka.

7. HUBBAN LIMAANAN - Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana Allah Ta’ala SWT jua.

Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan kerana Allah akan kekal selama-lamanya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan.” (Surah Az-Zukhruf :67).

No comments:

Post a Comment