Thursday 18 February 2021

CABARAN SUKAR TUGAS PENGHANTAR BUNGKUSAN

 
Sekarang ini jualan secara dalam talian semakin digemari. Banyak barang keperluan kini diperoleh secara dalam talian. Justeru tugas posmen atau penghantar bungkusan semakin bertambah.

Untuk memenuhi perkembangan dan pertambahan pembelian secara dalam talian, terdapat beberapa syarikat penghantaran baharu beroperasi di Malaysia.

Tugas menghantar barang bukan mudah. Banyak cabaran terpaksa dihadapi penghantar bungkusan.

Berdepan kerenah penerima dan dikejar anjing sudah menjadi lumrah. Berdepan dengan hujan lebat dan laluan terhalang sudah dianggap perkara biasa.

Namun, masalah alamat yang tidak tepat dan mengelirukan adalah cabaran paling besar. Banyak alamat ditulis tidak jelas dan tidak mengikut nombor lot, pintu, tingkat, blok, lorong, jalan, seksyen, kampung dan sebagainya menyebabkan penghantar bungkusan tidak dapat mengenal pasti alamat sebenar.

Cuba perhatikan alamat seperti dalam gambar ini. Agaknya, jika anda sebagai penghantar bungkusan, bagaimana hendak mengetahui tempat sebenar tersebut. Nasib baik sekarang ini ada nombor telefon penerima disertakan. Itupun, jika penerima menjawab panggilan tersebut.

Kalau bungkusan tersebut tidak dihantar seperti sepatutnya, siapakah yang patut dipersalahkan?

No comments:

Post a Comment