Wednesday 30 June 2021

SYARIAH MENJADI PANDUAN HIDUP

 
Syariah adalah panduan hidup yang ditetapkan oleh Allah. Atas keperluan manusia dalam melaksanakan tugas di dunia ini, syariah adalah memenuhi keperluan untuk memandu manusia menjalani kehidupan dengan sempurna.   
 
Sebarang permasalahan sosial yang timbul adalah berpunca daripada tidak melaksanakan tuntutan syariah. Dengan kata lain, masalah sosial akan dapat diselesaikan jika mengikut apa yang ditetapkan syariah. 
 
Allah menjelaskan bahawa manusia dicipta dalam keadan sebaik-baik kejadian. 
 
Firman Allah dalam surah at-Tin, ayat 4 bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian." 
 
Pun begitu harus disedari, terdapat banyak kelemahah dan keterbatasan yang wujud pada diri manunsia. Justeru itu, manusia perlukan syariah untuk menampung atau memperbaiki kelemahan dan keterbatasan itu. 
 
Islam tidak hanya meletakkan keimanan dalam konteks hubungan dengan Allah semata-mata. Sebenarnya, hubungan sesama manusia lebih banyak diberi penekanan.  
 
Hubungan manusia dengan hanya Allah hanya tertumpu kepada perlaksanaan ibadat khusus seperti sembahyang, berpuasa, haji dan lain-lain.   
 
Sedangkan, hubungan manusia sesama manusia meliputi segenap kehidupan. Aspek pergaulan dalam keluarga, persaudaraan, peniagaan, kenegaraan dan sebagainya banyak dijelaskan oleh syariat.  
 
Biarpun manusia dikurniakan akal, ia tidak mampu menterjemah sepenuhnya keperluan hidup manusia. Sebab itu manusia memerlukan panduan dalam bentuk syariat.  
 
Gambar hiasan dari media maya.


 

No comments:

Post a Comment