Kijang
adalah lambang negeri Kelantan. Ada nama kampung dinamakan ‘kijang’ iaitu
Kampung Kijang. Ada satu kem terkenal untuk aktiviti pengakap dan perkhemahan
iaitu Kem Kijang.
Satu
lagi nama 'kijang' yang lebih besar ialah nama kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kijang.
Pemasangan
papan tanda 'Kijang Zon Warisan Budaya' di bulatan Gok Kapor diharap dapat
menarik lebih banyak lagi pengunjung ke destinasi menarik di dalam DUN Kijang
ini.
Sememangnya
DUN Kijang sudah terkenal dengan kawasan pelancongan dan kraf tangan di negeri
Kelantan.
Bermula
dari Zon Songket di Kampung Penambang, deretan gerai jagung di Kampung Redang,
Pusat Riadah Keluarga di Pantai Kundur dan Pantai Mek Mas, Zon Batik di Kedai
Buloh dan kraf tangan membuat wau.
Pantai
Cahaya Bulan (PCB) yang juga destinasi pelancongan yang terletak di dalam DUN Kijang
ini merupakan salah satu tarikan utama pelancong tempatan mengunjungi kawasan
ini atas faktor pantainya yang mampu memukau mata para pelancong yang hadir.
Gambar Bulatan Gok Kapor.
No comments:
Post a Comment