Saturday 20 August 2022

GEMBIRA ITU MUDAH DAPAT MERASAINYA

  
Gembira itu mudah. Untuk gembira tidak semestinya apabila mempunyai wang yang baik, mendapat kejayaan apa yang diusahakan, selalu mendapat pujian dan apa-apa yang biasanya dianggap sesuatu yang mengembirakan. 
 
Gembira ialah apabila kita dapat hidup mengikut cara kita. Melakukan apa yang kita ingin lakukan dan memberi kepuasan. 
 
Gembira itu lahir apabila kita merasakan apa yang dilakukan itu memberi kepuasan. Mungkin pada orang lain, perbuatan itu tidak mendatangkan kebaikan, tetapi kita lakukan perkara itu kerana berasa ingin melakukan. 
 
Jadi, jangan takut apa orang kata tentang kita. Kita gembira dengan cara kita. Apa yang penting kita tidak melakukan perkara yang salah di sisi agama dan undang-undang. 
 
Kita berhak bergembira selagi kita tidak menyusahkan dan merugikan orang lain. 
 
Bergembirlah dengan cara kita, kerana orang lain bergembira dengan cara mereka.

No comments:

Post a Comment