Wednesday 7 February 2024

SHALIS CARE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS

Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila 15 peratus rakyat akan berusia 60 tahun ke atas ketika itu. Warga tua atau warga emas memerlukan penjagaan khusus agar dapat menikmati kehidupan pada penghujung usia dengan selesa dan terbela.

Terdapat anak atau ahli keluarga yang yang tidak mampu untuk menguruskan warga tua dengan sebaiknya. Maka itu, kewujudan pusat jagaan warga emas yang diuruskan agensi kerajaan, swasta mahupun NGO dilihat satu keperluan.

Pusat jagaan warga emas bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jagaan malah ia berupaya menjadikan kehidupan warga emas lebih sihat, aktif dan cergas. Lebih menarik pusat berkenaan juga menyediakan aktiviti fisioterapi dan kauseling untuk menyokong kehidupan warga emas lebih baik.

Antara pusat jagaan warga emas yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan ialah Shalis Care Center yang beroperasi di Jalan Telipot.

Shalis Care Centre bukan sekadar pusat penjagaan, tetapi sebuah rumah bagi mereka yang memerlukan perhatian, kasih sayang, dan perawatan khusus. Dengan adanya jururawat yang berkelayakan dan terlatih, pusat ini menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan penjagaan; dari jagaan harian, jagaan sementara hingga ke jagaan tetap.

Dengan adanya pusat jagaan seperti ini, ia dapat memastikan warga emas mendapat penghormatan, perawatan, dan sokongan yang mereka perlukan untuk menjalani kehidupan yang penuh makna dan selesa di tahun-tahun mereka yang lebih tua. Ini termasuk akses kepada penjagaan kesihatan yang terbaik.

Apa yang lebih mengagumkan, pusat ini menghidupkan konsep 'Garden of Love', yang memberikan persekitaran yang tidak hanya selesa tetapi juga nyaman, membolehkan pelanggan menghabiskan hari-hari mereka dengan penuh gembira, bagaikan di rumah sendiri.

Shalis Care Center diasaskan oleh Shahzayati binti Che Hassan sering menerima kunjungan pemimpin dan orang ramai yang ingin berkongsi pengalaman pengurusan dan hal-hal yang berkaitan, selain memberi sokongan moral dan fizikal kepada penghuni. Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim hadir menyatuni penghuni di situ. 

No comments:

Post a Comment