Lada atau cili satu keperluan bagi
peminatnya. Kalau tiada lada atau tidak rasa pedas, maka dianggap tidak sedap
dan tidak sempurna hidangan itu. Kalau tiada lada, sanggup turun rumah pada
waktu malam untuk mencari lada yang ditanam di laman rumah. Itu kalau ada yang
ditanam sendiri, kalau tidak kenalah beli. Harga lada sekarang bukannya murah.
Sebenarnya hendak tanam lada bukan susah.
Mudah sahaja. Jom tanam lada di laman rumah untuk keperluan sendiri. Kalau
hendak dijual, kenalah tanam dalam kuantiti banyak pokok.
Cara mudah tanam lada:
- Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah. Kalau tidak cukup cahaya matahari, pokok akan tinggi tetapi kurang berbuah.
- Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah. Kalau tidak cukup cahaya matahari, pokok akan tinggi tetapi kurang berbuah.
- Cara pemilihan medium penanaman
bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu
atau terus dalam tanah.
- Medium penanaman untuk pasu yang sesuai
adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan
satu bahagian pasir.
- Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20
inci bagi musim penanaman enam bulan.
- Sekiranya bercadang untuk musim penanaman
yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar
seperti 30 inci x 50 inci.
- Kaedah penanaman secara terus di tanah
bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
- Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam
di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
- Pastikan tiada pokok buah-buahan yang berbuah
bagi mengelakkan serangan lalat buah.
- Umur paling sesuai untuk memindah tanam
anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat
minggu.
- Kelewatan memindah tanam anak pokok yang
sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
- Waktu yang sesuai pindah tanam adalah
pada waktu lewat petang.
- Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu
tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
- Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok
adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
- Pokok cili harus disiram dua kali sehari,
sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
- Pastikan kawasan penanaman tidak
menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan
menggalakkan pertumbuhan kulat.
- Kayu pancang perlu dipasang ketika
peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar
sekiranya dipasang pada umur matang.
- Jenis kayu pancang yang sesuai adalah
seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
- Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk
mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
- Baja organik seperti baja tahi ayam amat
sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
- Sekiranya menggunakan baja kimia,
pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
- Pemberian baja kimia secara berlebihan
boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
- Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah
setiap 10 hingga 14 hari.
- Kehadiran semut yang banyak pada pokok
cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di
bahagian bawah daun.
- Gunakan larutan pencegah serangga yang
dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
- Larutan mencegah serangga daripada bahan
semula jadi mudah hilang apabila hujan.
- Selepas hujan berhenti, larutan haruslah
disembur semula.
- Waktu paling sesuai untuk menyembur
larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
- Tahap umur cili paling sesuai untuk
dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna
kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
- Waktu paling sesuai untuk menuai adalah
pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
- Sekiranya cili ingin disimpan lama,
jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan
segera.
- Selepas cili dituai, baja perlu segera
diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan
pokok tertekan
Kredit penulis asal.
No comments:
Post a Comment