Dinamakan sembahyang atau solat jenazah ghaib apabila jenazah tidak berada di hadapan, atau lebih tepat ia tidak berada di tempat solat jenazah itu dilakukan. Cara solat jenazah ghaib sama seperti sembahyang jenazah biasa. Bezanya hanya jenazah tidak berada di hadapan dan diniatkan sembahyang jenazah ghaib untuk si mati.
Dari Abu Hurairah katanya: “Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), Rasulullah SAW mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda takbir empat kali (solat ghaib).” (Hadis riwayat Muslim)
Jenazah boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah,
Di antara syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah jenazah telah selesai dimandikan serta dikafankan.
Solat ghaib adalah solat terhadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya.
Solat ghaib harus dilakukan ketika mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan.
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah melaksanakan solat di atas (berhampiran) kubur, sesudah sebulan lamanya jenazah dikembumikan.”
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah melaksanakan solat di atas (berhampiran) kubur, sesudah sebulan lamanya jenazah dikembumikan.”
Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya, maka diharuskan dilaksanakan solat ghaib berhampiran kubur si mati.
Hadis riwayat Abu Hurairah yang bermaksud: “Bahawa seorang wanita berkulit hitam yang biasa menyapu masjid, suatu hari Rasulullah SAW merasa kehilangannya (tidak melihatnya).
Lalu Baginda bertanya khabar. Para sahabat menjawab: “Dia sudah meninggal dunia.”
Rasulullah menegur: “Kenapa kamu tidak memberitahu kepadaku?” Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian.
Kemudian Rasulullah bersabda: “Tunjukkan aku kuburnya.”
Setelah ditunjukkan, Baginda mensolatkannya kemudian bersabda: “Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab solatku atas mereka.” (Shahih Muslim No.1588)

.
Ibnu Abbas mengatakan bahawa Rasulullah melalui sebuah kubur yang baru semalam dikuburkan, Lalu Baginda bertanya tentang orang itu, “Siapakah ini?”
Mereka menjawab, “Fulan.” Lalu Baginda bertanya lagi, “Bila mayat ini dikuburkan?”
Mereka menjawab, “Dikuburkan tadi malam.” Nabi bertanya, “Mengapa kamu tidak memberitahukan kepadaku?”
Mereka menjawab, “Kami kuburkan ia tengah malam yang sangat gelap. Kerana itu, kami tidak mahu membangunkan kamu.”
Nabi berdiri, dan kami berbaris di belakang Baginda untuk solat. Ibnu Abbas berkata, “Aku ketika itu berada di antara mereka lalu Baginda mensolatinya.
Solat jenazah ghaib boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah. Cara melakukan solat jenazah ghaib sama seperti solat jenazah biasa, cuma berbeza pada niatnya sahaja dan tidak ada jenazah di hadapan.

No comments:
Post a Comment