Pelajar dari keluarga miskin juga berhak berjaya. Banyak
individu berjaya di negara kita berasal keluarga miskin seperti nelayan, petani
dan buruh. Mereka membuktikan kemiskinan bukan penghalang mencipta
kejayaan.
Kerajaan memberi penekanan menyediakan pendidikan terbaik kepada setiap pelajar tanpa mengira taraf kehidupan keluarga. Pelbagai peruntukan disediakan bagi menjamin proses pembelajaran dinikmati sepenuhnya.
Kerajaan memberi penekanan menyediakan pendidikan terbaik kepada setiap pelajar tanpa mengira taraf kehidupan keluarga. Pelbagai peruntukan disediakan bagi menjamin proses pembelajaran dinikmati sepenuhnya.
Dengan kata lain, kemiskinan keluarga tidak sepatutnya
dijadikan sebagai alasan seseorang pelajar tidak meneruskan persekolahan atau
gagal dalam dalam pelajaran. Berjaya atau gagal seseorang pelajar bergantung
kepada usaha yang dilakukan, bukannya berdasarkan kekayaan
keluarga.
Untuk berjaya dalam pelajaran, setiap pelajar mesti
mengutamakan hal berkaitan belajar berbanding perkara lain dalam aktiviti
kehidupan seharian. Jangan fikir tentang ingin berseronok atau melakukan
perbuatan yang merugikan seperti lepak, berhibur, ponteng sekolah dan merokok.
Tugas belajar adalah tugas hakiki yang perlu dilaksanakan
oleh setiap pelajar sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam setiap
peperiksaan yang diduduki. Minat dalam hal-hal lain boleh dilakukan lepas alam
persekolahan nanti.
Peluang menuntut ilmu tidak sepatutnya dipersia-siakan yang
hanya diperoleh ketika berada di alam persekolahan yang mana kemudahan
pendidikan yang disediakan oleh kerajaan adalah bukti kerajaan ingin melahirkan
generasi yang berilmu, bermoral dan mempunyai jati diri.
Peluang pendidikan seperti yang disediakan kerajaan kita ada
antara yang terbaik di dunia. Ia disediakan percuma dan dalam suasana kemudahan
yang mencukupi untuk pelajar selesa menuntut ilmu.
Di negara lain, banyak kanak-kanak yang tidak mendapat
peluang pendidikan yang sempurna disebabkan kemiskinan memaksa mereka sekadar
belajar mengenal huruf, malah ada yang tidak berpeluang mendapat pendidikan
formal langsung.
Kerajaan memberi peluang pendidikan kepada semua golongan,
termasuk pelajar miskin. Selain pendidikan percuma yang disediakan, kerajaan
mengeluarkan peruntukan biasiswa.
Jadi, kemiskinan bukan alasan menyekat peluang
belajar. Pelajar dari keluarga miskin juga mampu berjaya. Kejayaan dalam
pelajaran itu nanti akan membuka peluang mendapat pekerjaan yang baik. Keadaan
ini sekaligus akan mengubah nasib keluarga yang mana kemiskinan bukan satu
warisan.
Bantuan yang diterima dari kerajaan maupun pihak-pihak lain
mesti dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan tahap pencapaian
masing-masing. Wang bantuan yang diterima hendaklah digunakan untuk membeli
buku rujukan dan peralatan persekolahan.
Terdapat pelajar dan ibu bapa yang menerima bantuan untuk
pendidikan digunakan untuk tujuan lain. Akibatnya, matlamat kerajaan
memperuntukkan bantuan itu tidak mencapai matlamat untuk tujuan meningkatkan
prestasi pelajaran anak.
Ibu bapa tidak sepatutnya lepas tangan untuk menyediakan
kemudahan pembelajaran kepada anak biarpun kerajaan banyak mengeluarkan
peruntukan bantuan. Pendidikan anak perlu diutamakan sepanjang masa.
Sikap perihatin ibu bapa akan memberi ransangan kepada anak
untuk belajar lebih rajin dan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Kejayaan anak banyak bergantung kepada sokongan dan perhatian yang diberikan
oleh ibu bapa.
No comments:
Post a Comment