Pantai
dan pusat peranginan terkenal di Kelantan memang hebat. Kecantikannya diakui
menyamai seperti pusat tumpuan pelancong di luar negara. Namun, malang sekali
aspek kebersihan sering diabaikan.
Dua
keadaan mengapa sampah dan kekotoran dibuang merata. Pertamanya, pihak berkuasa
tidak menyediakan tong sampah atau tempat membuang sampah yang sepatutnya.
Perkara ini amat mendukacitakan. Jika kawasan itu menjadi tumpuan ramai,
sepatutnya kemudahan itu disediakan.
Pengunjung yang datang membawa makanan atau membeli makanan di kawasan berkenaan yang pastinya dibungkus dan dimasukkan ke dalam plastik. Selepas makan, tentu sekali mereka perlu membuang pembungkus makanan itu. Kalau tidak ada tong sampah, maka akan dilonggokkan di satu tempat yang difikirkan sesuai.
Pengunjung yang datang membawa makanan atau membeli makanan di kawasan berkenaan yang pastinya dibungkus dan dimasukkan ke dalam plastik. Selepas makan, tentu sekali mereka perlu membuang pembungkus makanan itu. Kalau tidak ada tong sampah, maka akan dilonggokkan di satu tempat yang difikirkan sesuai.
Sebab
kedua ialah sikap pengunjung. Mereka sudah tahu jika tidak ada tong sampah,
sepatutnya sampah itu dibawa balik. Bukan susahpun untuk membawa pembungkus dan
sisa makanan masuk ke dalam kereta atau raga motosikal dan kemudian dibuang di
tempat sepatutnya.
Kesedaran
menjaga kebersihan pusat pelancongan amat penting. Ia bukan sahaja untuk
keselesaan pengunjung lain, tetapi juga menjadi imej kepada negara kita.
Lebih-lebih lagi imej negeri Kelantan yang mempromosikan dan mengamalkan dasar
pemerintahan Islam. Islam mengajar erti kebersihan dan sesungguhnya menjaga
kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Usaha mendidik kesedaran
melestarikan alam sekitar perlu diterapkan kepada semua individu. Kanak-kanak
perlu dididik menjaga kebersihan sejak awal lagi. Mereka perlu diajar agar
tidak membuang pembalut gula-gula, pembungkus makanan ringan, bekas aiskrim dan
sebagainya merata-rata.
Kesedaran remaja dan kanak-kanak
menjaga alam sekitar sejak awal banyak memberi kesan jangka panjang. Golongan
remaja dan kanak-kanak bakal dewasa dan akan terlibat dalam urusan yang lebih
besar. Mereka bakal menjadi pemimpin dan ketua dalam pelbagai aktiviti
kehidupan pada masa akan datang.
Individu yang telah sebati dalam
diri dengan amalan baik tidak akan melakukan perbuatan yang nyata mendatangkan
keburukan kepada alam sekitar. Mereka akan merasa bersalah biarpun sekadar
hendak membuang pembalut gula-gula merata-rata.
No comments:
Post a Comment