Islam
mahu umatnya hidup selamat, bahagia dan berjaya, di dunia dan akhirat. Justeru,
Islam menegah melakukan perbuatan mendatangkan keburukan dalam masyarakat,
seperti berprasangka, benci membenci, bermusuhan, irihati dan mencari kesalahan
orang lain.
Firman
Allah bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu banyak
berprasangka, sesungguhnya ia adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan
orang lain, dan jangan pula sebahagian kamu mengumpat orang lain.” - (Surah
al-Hujurat, ayat 12).
Ramai
individu Islam hanya Islam pada namanya, tetapi melakukan perbuatan yang
bertentangan dengan kehendak agama. Ini termasuk mencemar nama baik Islam
dengan melakukan amalan yang mencetuskan perbalahan serta perpecahan.
Akibat
perlakuan itu, kekuatan ummah di seluruh dunia semakin lemah dan ini memudahkan
musuh Islam menindas serta menganiaya mereka. Di sesetengah negara, umat Islam
sentiasa diburu, disembelih dan diperlakukan seperti binatang.
Malangnya
tidak ada apa yang mampu kita lakukan dalam tempoh terdekat ini untuk membantu
saudara seagama di negara lain, khususnya dari segi kekuatan ketenteraan.
Apa
yang mampu dilakukan hanyalah sekadar membuat bantahan ke Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan negara yang melakukan tindakan itu.
Hakikatnya,
nasib umat Islam tidak seburuk sekarang jika seluruh umat Islam bersatu.
Bilangan negara dan jumlah umat Islam bukan sedikit. Sekarang ini terdapat 58
buah negara Islam dan umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.6 bilion
orang.
Rasulullah
mengingatkan umatnya supaya sentiasa bersatu dan tolong menolong sesama Muslim.
Baginda mengumpamakan hubungan sesama Muslim seperti satu badan. Apabila satu
bahagian badan merasa sakit, maka kesakitan itu dirasakan seluruh anggota
badan.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Perumpamaan kaum Muslim dalam urusan kasih sayang dan
tolong menolong bagaikan satu tubuh. Jika satu anggota badan berasa sakit, maka
akan menjalarlah penderitaan itu ke seluruh tubuh badan sehingga tidak dapat
tidur (berjaga malam) dan berasa deman.” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Sekiranya
seluruh umat Islam bersatu, sudah pasti maruah dan nasib seluruh umat Islam
akan terbela. Allah menjanjikan kuasa dan kekuatan kepada hamba-Nya mematuhi
perintah-Nya.
Sebaliknya,
kemusnahan dan penderitaan ditanggung jika umat Islam ingkar dan membelakangkan
perintah Allah. Malah, kekuasaan dan kekuatan umat Islam akan dipegang oleh
pihak lain. Inilah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam akibat tidak
bersatu dan lebih dalam semua bidang kehidupan.
Firman
Allah bermaksud: “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh
daripada kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang
kuasa pemerintahan di bumi.” - (Surah an-Nur, ayat 55).
Bagi
mengatasi kelemahan dialami umat Islam, dua senjata utama perlu digunakan iaitu
takwa dan quwwah. Senjata takwa ialah dilahirkan dalam diri yang mentaati
perintah dan larangan Allah serta menjaga diri daripada kemurkaan dan azab-Nya.
Melalui kekuatan takwa, umat Islam menjadi lebih berkualiti sebagai Muslim dan
khalifah di muka bumi.
Muslim
bertakwa melakukan perkara yang baik untuk dirinya, keluarga dan Islam
keseluruhannya. Kemelut sosial yang melingkari umat Islam dapat diungkai dengan
mudah. Oleh itu, kualiti hidup individu Islam lebih kuat dan mampu bersaing
dengan orang lain.
Senjata
quwwah pula bererti kekuatan lahiriah seperti kekuatan ilmu pengetahuan,
ekonomi, sains, teknologi, politik, ketenteraan, kesihatan, sosial dan
sebagainya.
Senjata kategori ini bukan bermaksud untuk menyerang atau menentang pihak lain, tetapi untuk kebaikan sendiri, dan pada masa yang sama dapat menggerunkan musuh-musuh. Dalam keadaan umat Islam kuat, sudah tentu musuh Islam tidak mampu bertindak sesuka hati seperti yang berlaku sekarang.
Senjata kategori ini bukan bermaksud untuk menyerang atau menentang pihak lain, tetapi untuk kebaikan sendiri, dan pada masa yang sama dapat menggerunkan musuh-musuh. Dalam keadaan umat Islam kuat, sudah tentu musuh Islam tidak mampu bertindak sesuka hati seperti yang berlaku sekarang.
Perintah
mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan tindakan musuh
dijelaskan
Allah dalam firman-Nya dalam surah al-Anfal ayat 60 bermaksud: “Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala jenis kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya.”
Allah dalam firman-Nya dalam surah al-Anfal ayat 60 bermaksud: “Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala jenis kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya.”
Dalam
dunia moden ini tentulah kekuatan menghadapi musuh bukan lagi pasukan berkuda.
Sebaliknya, kita memerlukan persenjataan lebih canggih, keteguhan ekonomi dan
teknologi yang tinggi.
Umat
Islam perlu bangkit kembali mencipta kegemilangan seperti yang pernah dicapai dahulu.
Sejarah menceritakan bahawa kejayaan umat Islam terdahulu adalah hasil
penghayatan ajaran Islam yang sebenar. Individu Islam dahulu amat mencintai
ilmu, mengamalkan cara hidup sihat, sanggup berkorban untuk agama, tidak
mementingkan diri sendiri dan saling menasihati.
Contohnya,
ulama dahulu mempertahankan ilmu dan kedudukan tanpa dapat dipengaruhi pihak
lain. Mereka menolak tawaran kemewahan serta jawatan dalam kerajaan semata-mata
tidak mahu dijadikan alat untuk kepentingan individu tertentu.
No comments:
Post a Comment