Allah menjelaskan tentang haiwan darat yang tidak boleh dimakan. Firman Allah
bermaksud: “Diharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah yang mengalir, daging
babi dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati
tercekik, dan yang mati dipukul, dan mati jatuh dari tempat tinggi, dan yang
mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu
sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Surah al-Maidah,
ayat 3).
Berdasarkan ayat-ayat di atas, terdapat ulama menyatakan semua jenis haiwan
selain babi dan cara matinya seperti di dalam ayat 3 surah al-Maidah, maka
halal dimakan. Contohnya, mazahab Malik berpendapat selain yang diharamkan itu,
maka semua haiwan harus dimakan, termasuklah anjing, binatang buas dan berbisa.
Namun, berdasarkan mazahab dan amalan yang diterima pakai umat Islam di
Malaysia, anjing, binatang buas seperti harimau, binatang berbisa seperti ular dan binatang dua alam seperti katak adalah haram dimakan.
Selain itu, burung berkuku panjang dan makan menyambar
seperti helang, dan binatang bertaring seperti kucing adalah haram dimakan.
Manakala tikus pula tidak dimakan kerana dikategori sebagai haiwan jijik atau pengotor.
Setiap hujah ulama disandarkan kepada ayat al-Quran dan hadis. Mereka
mengetahui secara mendalam apa yang diperkatakan. Sebagai pengamal dan
pengikut, memadai kita berpegang kepada satu mazahab yang diterima pakai dalam
masyarakat agar tidak timbul salah faham atau fitnah daripada orang ramai.
No comments:
Post a Comment